Siri Snapdragon 400 Dengan Sokongan 5G Akan Diperkenal Pada 2021

Qualcomm kini mengumumkan perancangan untuk memperluaskan lagi platform mudah alih 5G dalam siri Snapdragon 400 pada awal 2021. Xiaomi, OPPO dan Motorola menjadi antara pengeluar terawal yang akan memperkenalkan peranti kelas permulaan dengan janaan cip 5G.

siri Snapdragon 400 5G

Bagaimanapun, Qualcomm tidak mendedahkan nama cip itu buat masa ini. Menurut Qualcomm, lebih banyak maklumat mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, antara cip Qualcomm yang dilengkapi sokongan rangkaian 5G setakat ini termasuk Snapdragon 865 Plus, Snapdragon 865, Snapdragon 855, Snapdragon 768G, Snapdragon 765 dan 765G serta Snapdragon 690.

Buat masa ini, Qualcomm menyatakan peranti yang berasaskan janaan cip dari siri Snapdragon 400 dijangka akan tersedia secara komersial pada suku pertama tahun hadapan.

Sumber: Qualcomm