Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmagic 9s pro

Siri Red Magic 10 Bakal Dilancar 13 November – Bateri Mungkin Sebesar 7,000mAh

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini November 5, 2024 oleh Rushsyafizal

Nubia baru sahaja mengesahkan pelancaran siri telefon pintar gaming terbaharu, siri Red Magic 10, yang akan berlangsung pada 13 November jam 3 petang waktu Beijing.

Mengikut spekulasi, siri Red Magic 10 dijangka akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite bersama cip gaming khas dari Red Magic sendiri. Untuk prestasi tenaga lebih tinggi, peranti ini dikhabarkan hadir dengan teknologi bateri Si/C berkapasiti besar 7,000mAh pertama untuk telefon andalan. Menariknya, bateri ini akan menyokong pengecasan pantas 100W, sesuatu yang sukar dicapai pada peranti dengan bateri sebesar ini.

red magic 10

Selain itu, Red Magic 10 akan tampil dengan skrin 7 inci beresolusi 2,688 x 1,216 piksel, sesuai dengan sasaran gamingnya. Nubia juga memberi jaminan peranti ini akan hadir dengan bezel paling nipis dalam industri, menjadikannya lebih kompak walaupun skrin besar. Skrin turut menyokong kadar segar semula 144Hz, memberi paparan yang lebih lancar untuk pengalaman permainan yang optimal.

Selepas pengumuman ini, Nubia terus membuka tempahan awal di China, membolehkan pembeli di beberapa kawasan menerima peranti dalam masa setengah jam selepas membuat pesanan penuh pada hari pelancaran. Bagi pembeli awal, Nubia juga menawarkan hadiah eksklusif bernilai CNY 599 (~RM400) bersama cenderamata khas.

Desas-desus juga ada menyatakan bahawa Nubia sedang bersiap sedia untuk satu lagi peranti gaming yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • BYD Buka Muzium Kenderaan Elektrik Pertama Di China
  • realme GT7 Pro Kini Rasmi Di China - Bateri 6500mAh, Cas 120W
  • Waspada Jemputan Mesyuarat Pelaksanaan Projek Menara 5G, JENDELA 2
  • Apple Secara Tak Sengaja Benarkan Aplikasi Penstriman Haram Dalam App Store
  • One UI 7 Samsung Mungkin Tiru Ciri Apple Intelligence Ini

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY