Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (31)

realme GT7 Pro Kini Rasmi Di China – Bateri 6500mAh, Cas 120W

Diterbitkan November 4, 2024 oleh Rushsyafizal

realme secara rasmi telah melancarkan peranti terbarunya, realme GT7 Pro di China, telefon pintar andalan yang menawarkan prestasi tinggi dan mampu melakukan tugas berat, termasuk gaming dan fotografi.

Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dengan kelajuan CPU maksimum sehingga 4.32GHz, serta GPU Adreno 830. Bersama-sama LPDDR5X dan storan UFS 4.0, ia memastikan kelancaran pengalaman pengguna.

Dengan sistem operasi realme UI 6.0 berasaskan Android 15, pengguna akan menikmati antara muka yang mesra pengguna. Sokongan audio Hi-Res dan pembesar suara dwi ultra-linear memberikan pengalaman audio yang mendalam.

Peranti ini juga menampilkan skrin Eco² Sky berukuran 6.78 inci dengan resolusi super retina 450PPI dan kecerahan maksimum 6000 nit, sesuai untuk penggunaan dalam cahaya terang. Paparan ini juga menyokong kadar input sentuh 2600Hz serta gamut warna 120% dan DCI-P3.

realme GT7 Pro Kini Rasmi Di China – Bateri 6500mAh, Cas 120W

Dibekalkan dengan kamera utama 50MP Sony IMX906 dengan OIS, 8MP ultra lebar, dan lensa 50MP periskop 3x zum optikal. Kamera ini menyokong hingga 120x zum ultra-telefoto, memberikan hasil foto yang tajam walaupun dari jarak jauh. Kamera swafoto 16MP dilengkapi ciri-ciri seperti potret dan rakaman malam.

Telefon ini diilhamkan oleh reka bentuk eksplorasi angkasa dengan pilihan warna Mars dan Star Trail Titanium. Ia turut menerima penarafan IP69/IP68.

realme GT7 Pro Kini Rasmi Di China – Bateri 6500mAh, Cas 120W

Dengan bateri 6500mAh, telefon ini memastikan daya tahan sepanjang hari, dan pengecasan pantas 120W memastikan pengecasan penuh dalam masa yang singkat.

realme GT7 Pro Kini Rasmi Di China – Bateri 6500mAh, Cas 120W

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan pada peranti ini iaitu mars, star trail titanium dan light range white. Peranti ini hadir dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB.

Screenshot 2024-11-04 173626

Harga ditawarkan mengikut spesifikasi:

  • 12GB+256GB – CNY3699 (~MYR2,278)
  • 16GB+256GB – CNY3899 (~MYR2,401)
  • 12GB+512GB – CNY3999 (~MYR2,463)
  • 16GB+512GB – CNY4299 (~MYR2,648)
  • 16GB+1TB – CNY4799 (~MYR4,799)

Buat masa sekarang, ia terhad di China tetapi bakal hadir di pasaran Malaysia pada 18 November ini.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • RM10 Juta Diperuntukkan Untuk Bangunkan Stadium e-Sukan Di Malaysia
  • realme GT 7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 18 November
  • LHDN Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik Guna Portal MyTax
  • Siri OPPO Reno13 Diramal Dilancar November Ini

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY