Melalui poster yang dimuat naik di akaun Weibo, ia memaparkan gambaran produk yang bakal dilancarkan iaitu peranti pintar, powerbank, dan juga fon telinga TWS. Dikatakan realme juga akan melancarkan TV pada acara tersebut.
Siri realme X3 dijangka akan dibarisi 3 model - realme X3, realme X3 SuperZoom, dan realme X3 Pro. Untuk realme X3 Pro SuperZoom, mengikut khabar angin, ia akan memuatkan lensa periskop dengan zum digital sehingga 60X. Peranti itu juga akan dijana Snapdragon 855+ dengan bateri berkapasiti 4,200mAh.
Untuk realme X3 Pro, ini merupakan model pengganti sebenar kepada realme X2 Pro sebelum ini. Ia akan menggunakan Snapdragon 865 dan juga dikhabarkan akan dilancarkan sebagai model peranti gaming.
Lain-lain spesifikasi masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Jadi, betul atau tidak khabar angin ini, kita tunggu sahajalah pelancarannya pada tarikh 25 Mei nanti.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- iPhone 12 Pro Dan Pro Max Rasmi Dilancarkan - Rekaan Serba Baharu, Harga Bermula RM4,899
- #KitaBantuKita - Program Jimat Belanja Kerjasama Lazada Dan TNG Digital Untuk Pemulihan Covid-19
- [Ulasan] realme C17 - Resepi Naik Taraf Kelas Permulaan Tepat, Dibebankan Dengan Nilai Pulangan Rendah
- Paparan 90Hz realme 6 Pro Hanya Setakat 60Hz Sahaja?
- Huawei Mate 30 Pro 5G Berharga RM4,199 Di Malaysia - Akan Mula Dijual 7 Februari Ini
- HONOR MagicBook 14, MagicBook 15, Dan MagicBook Pro Diumumkan Dengan Cip AMD Ryzen 4000
- Xiaomi Mi 10 Dan 10 Pro Siap Sedia Dilancarkan 23 Februari Di MWC 2020
- Poco F2 Pro Rasmi Dilancarkan - 'Flagship Killer' Kini Kembali Semula?
- Realme Lancar Fon Telinga Realme Buds Air Yang Turut Punyai Mod Gaming
- Nintendo Switch Versi "Pro" Dikatakan Bakal Hadir Pertengahan Tahun Ini