Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme narzo 20_copy

Siri realme Narzo 20 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM549

Diterbitkan November 3, 2020 ยท Dikemas kini November 3, 2020 oleh Amalina Athman

realme kini secara rasmi telah memperkenalkan siri realme Narzo 20 untuk pasaran tempatan. Ia didatangkan dengan 2 model iaitu Narzo 20 dan Narzo 20 Pro.

Narzo 20 Pro

realme Narzo 20 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.5 IPS LCD yang memuatkan paparan berlubang dengan resolusi Full HD+, nisbah 20:9 serta menyokong kadar segar semula 90Hz.

Screenshot (165)COPYYYYYY

Peranti ini dijana cip pemproses Helio G95 dengan gandingan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 256GB melalui slot kad microSD.

Screenshot (167)COPYY

Narzo 20 Pro didatangkan dengan kamera swafoto 16MP. Di bahagian belakang pula dimuatkan dengan tetapan empat lensa yang terdiri daripada 48MP f/1.8 utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro serta 2MP B&W.

Dari segi janaan kuasa, peranti ini mempunyai bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart.

Screenshot (166)COPYY

Terdapat sokongan imbasan cap jari pada butang kuasa di bahagian sisi peranti. Ia menjalankan realme UI yang berasaskan Android 10. Narzo 20 Pro ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Ninja Black dan White Knight.

Narzo 20

realme Narzo 20 merupakan model yang sedikit rendah berbanding Narzo 20 Pro. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.5 inci IPS LCD dengan paparan bertakuk yang menawarkan resolusi HD+ serta kadar segar semula 60Hz.

Siri realme Narzo 20 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM549

Narzo 20 dijana cip pemproses Helio G85 serta RAM 4GB dan 64GB storan. Peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 6000mAh serta pengecasan 18W Type-C.

Siri realme Narzo 20 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM549

Dari segi kamera, ia hadir dengan tetapan tiga lensa iaitu 48MP f/1.8 utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro serta 8MP kamera swafoto.

Ia hadir dengan imbasan cap jari di bahagian belakang peranti. Narzo 20 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Glory Silver dan Victory Blue.

Harga

WhatsApp Image 2020-11-03 at 1.20.44 PM

realme narzo 20 Pro ditawarkan pada harga RM1199. Bagaimanapun, realme menawarkan promosi dengan harga RM899 melalui jualan pertama pada 11 November 2020 di Lazada.

 

WhatsApp Image 2020-11-03 at 1.20.44 PM (1)

WhatsApp Image 2020-11-03 at 1.20.44 PM (1)

Bagi realme narzo 20, ia diletakkan pada harga RM699. Peranti ini turut ditawarkan dengan harga yang lebih rendah iaitu RM549 pada 11 November nanti di Lazada.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY