Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (29)

Siri OPPO Reno13 Diramal Dilancar November Ini

Diterbitkan November 4, 2024 oleh Rushsyafizal

OPPO dijangka melancarkan siri terbaru Reno13 pada 25 November depan, hanya enam bulan selepas pelancaran siri 12 di China. Peningkatan kapasiti bateri mungkin menjadi tumpuan utama untuk peranti kelas pertengahan ini, itu adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Digital Chat Station.

Mengikut pola pelancaran setiap enam bulan, OPPO dijangka memperkenalkan dua model – Reno13 dan Reno13 Pro. Walaupun maklumat mengenai Reno13 masih terbatas, beberapa spesifikasi utama Reno13 Pro telah dikongsikan secara dalam talian.

Reno13 Pro dikhabarkan akan menampilkan skrin LTPO OLED bersaiz 6.78 inci yang melengkung pada keempat-empat sisi, memberikan pengalaman visual yang lebih sinematik. Selain itu, kapasiti bateri 5,900 mAh dijangka memberikan jangka hayat bateri yang lebih baik, dengan sokongan pengecasan berwayar 80W, pengecasan tanpa wayar 50W, dan kemungkinan pengecasan magnetik sebagai tambahan.

Satu lagi peningkatan utama yang bakal menarik perhatian pengguna adalah kamera telefoto 50MP dengan 3x zum optikal, menjadikannya antara ciri yang signifikan berbanding model sebelumnya. Ini memberikan Oppo Reno13 Pro kelebihan dalam menangkap imej jarak jauh dengan lebih jelas dan berkualiti tinggi.

Dengan inovasi bateri dan kamera ini, peranti ini berpotensi menjadi pilihan menarik dalam kelasnya.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Ini Spesifikasi Penuh PS5 Pro, Ada RAM Khas Untuk Sistem Operasi
  • Kejayaan SRG Di MPL Malaysia Bukti e-Sukan Boleh Pacu Ekonomi Negara
  • RM10 Juta Diperuntukkan Untuk Bangunkan Stadium e-Sukan Di Malaysia

Sumber: PLAYFULDROID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY