Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RM10 Juta Diperuntukkan Untuk Bangunkan Stadium e-Sukan Di Malaysia

RM10 Juta Diperuntukkan Untuk Bangunkan Stadium e-Sukan Di Malaysia

Diterbitkan November 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Dalam usaha memajukan industri e-sukan negara, sebanyak RM10 juta daripada peruntukan RM20 juta untuk e-sukan dalam Belanjawan 2025 akan digunakan bagi membina sebuah stadium khusus bagi e-sukan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan bahawa baki peruntukan tersebut akan digunakan untuk program latihan dan pelbagai aktiviti e-sukan lain.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengumumkan peruntukan ini pada 18 Oktober lalu sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa ekosistem e-sukan, termasuk pembangunan bakat dan peningkatan arena e-sukan pada tahun depan.

Kata Zahid ketika ditemui pada Peringkat Akhir Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPLMY) di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri.

RM10 juta akan digunakan untuk membangunkan stadium khusus e-sukan, manakala baki peruntukan untuk latihan dan aktiviti berkaitan

Langkah ini diharap mampu menyediakan platform yang lebih mantap untuk bakat-bakat tempatan serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam industri e-sukan global.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • U Mobile Lancar Pelan U Family 128 - 1000GB Data, Perayauan Antarabangsa Percuma
  • Kereta Batman Ini Kini Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM13 Juta
  • 3,722 Model Perodua Alza, Aruz Dan Honda CB350RS Dipanggil Semula - JPJ
  • Pengguna Kemas Kini iOS 18.1 Lebih Pantas, Dua Kali Ganda Daripada iOS 17.1

Sumber: Sinar Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY