Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find X8 Series & ColorOS 15 Global Launch KV

Siri OPPO Find X8 Bakal Dilancar Untuk Pasaran Global Minggu Depan

Diterbitkan November 11, 2024 oleh Rushsyafizal

OPPO bakal melancarkan siri Find X8 dan sistem operasi terbaru, ColorOS 15, pada acara global di Bali, Indonesia pada 21 November ini. Siri baharu ini merangkumi siri Find X8 dan Find X8 Pro, yang dikategorikan sebagai telefon pintar andalan.

Menurut Pete Lau, SVP dan Ketua Pegawai Produk OPPO, Find X8 menawarkan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan tanpa mengorbankan prestasi, ketahanan bateri, atau keupayaan kamera ultra-zum.

Find X8 hadir dengan skrin 6.59 inci dan bingkai ultra-nipis 1.45mm untuk pengalaman penggunaan yang ergonomik. Peranti ini juga menampilkan kemasan tahan cap jari dan ditawarkan dalam tiga warna, iaitu Star Grey, Space Black, dan Shell Pink.

Bagi penggemar skrin lebih besar, Find X8 Pro menawarkan skrin 6.78 inci dengan reka bentuk quad-curved pada kedua-dua sisi dan kamera telefoto dwi-periskop pertama OPPO di pasaran global. Hadir dalam warna Space Black dan Pearl White dengan corak pearlescent unik untuk setiap peranti, ia membawa sentuhan eksklusif.

Siri Find X8 ini turut dilengkapi sistem kamera Hasselblad Master serta AI Telescope Zoom yang mampu mencapai zum 10x, di samping ciri Lightning Snap untuk menangkap gambar pantas hingga tujuh foto sesaat. Bateri Find X8 dikuasakan dengan kapasiti bateri 5630mAh manakala Find X8 Pro ditingkatkan pada 5910mAh, bersama kuasa pemproses MediaTek Dimensity 9400.

Siri ini juga akan menjalankan ColorOS 15 yang memberikan pengalaman visual lancar dan alat AI pintar. Sekiranya anda terlupa, siri ini bakal hadir ke pasaran Malaysia juga sejak kali terakhir Find X5 Pro.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Buy Now Pay Later Ibarat Hutang Buku '555' - Penganalisis
  • One UI 7.0 Beta Mungkin Dilancarkan Minggu Depan
  • TSMC Dilapor Hentikan Penghantaran Cip AI Untuk Syarikat China Bermula Hari Ini

Sumber: Siaran media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY