OPPO secara rasmi kini melancarkan siri OPPO Find X8, iaitu Find X8 dan Find X8 Pro, untuk pasaran China.
Menyentuh spesifikasi, kedua-dua model dalam siri Find X8 dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 9400 dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan 1TB storan yang berasaskan UFS 4.0.
Beralih ke bahagian rekaan, Find X8 dan Find X8 Pro masing-masing dilengkapi paparan berukuran 6.59-inci 1.5K dan 6.78-inci 2K AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, ProXDR serta maksimum kecerahan 4,500 nit.
Dari segi kemampuan fotografi, Find X8 Pro menempatkan sensor utama 50MP dengan sokongan OIS, 50MP ultra lebar, 50MP potret dan 50MP periskop telefoto yang menyokong sehingga 6x zum optikal dan 120x zum digital.
Versi Pro juga dimuatkan butang kawalan kamera – Quick Button.
Find X8 pula didatangkan dengan tetapan lensa 50MP untuk kamera utama, ultra lebar dan potret. Ia hadir dengan sokongan 3x zum optikal dan sehingga 120x zum optikal. Kedua-dua model mempunyai 32MP kamera swafoto.
OPPO turut menambah pilihan LivePhoto baharu, yang merakam video pendek sebelum dan selepas merakam imej.
Bagi menghidupkan peranti, Find X8 dan Find X8 Pro masing-masing dibekalkan kapasiti bateri 5,630mAh dan 5,910mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar dan 50W wayarles. Kedua-duanya menjalankan ColorOS 15 yang berasaskan Android 15.
Lain-lain termasuk sokongan OPPO AI, sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 serta sokongan kalis air dan debu IP68/IP69. Terdapat juga sokongan satelit untuk model Find X8 Pro dengan storan 1TB.
Find X8 Pro tersedia dalam pilihan warna Black, White dan Blue. Find X8 turut ditawarkan dalam pilihan warna yang sama, dengan tambahan warna Bubble Pink.
Harga dan ketersediaan
Untuk pasaran China, Find X8 dan Find X8 Pro masing-masing ditawarkan pada harga bermula 4,199 yuan (~RM2,567) dan 5,299 yuan (~RM3,240). Sementara Find X8 Pro untuk varian 1TB Satellite Communication berharga 6,799 yuan (~RM4,157).
Dalam pada itu, OPPO turut mengesahkan siri Find X8 akan ditawarkan untuk pasaran global tidak lama lagi.
{suggest}