Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ColorOS 15

OPPO Umumkan ColorOS 15 Dengan Rekaan Baharu, Fokus Kepada AI

Diterbitkan Oktober 18, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 18, 2024 oleh Rushsyafizal

OPPO telah memperkenalkan ColorOS 15, sistem operasi terbaru yang berasaskan Android 15. Ia hadir dengan rekaan yang lebih segar serta penambahbaikan ketara dari segala aspek terutamanya dari segi prestasi dan ciri AI.

Screenshot 2024-10-18 111608

Antara perubahan terbesar ialah rekaan ikon baharu, efek cahaya dinamik, dan elemen bayang semula jadi dalam antara muka (UI). Penggunaan Aurora dan Tidal Engine membolehkan animasi aplikasi berjalan selari, menjadikan peralihan antara aplikasi lebih lancar dan responsif.

OPPO Umumkan ColorOS 15 Dengan Rekaan Baharu, Fokus Kepada AI

Ia juga menyaksikan pengasingan pusat kawalan daripada panel notifikasi, memberikan pengalaman lebih intuitif. Dari segi prestasi, terdapat penambahbaikan seperti peningkatan respons aplikasi sebanyak 18% dan pemasangan aplikasi 26% lebih pantas.

OPPO Umumkan ColorOS 15 Dengan Rekaan Baharu, Fokus Kepada AI

Teknologi AI mendapat fokus utama, dengan pembantu maya XiaoBu yang kini boleh diakses dari mana-mana skrin untuk interaksi semula jadi. Ciri carian ‘circle to search’ pula memudahkan pengguna membuat carian pantas.

OPPO Umumkan ColorOS 15 Dengan Rekaan Baharu, Fokus Kepada AI

Dalam bidang fotografi, ia juga menawarkan pemprosesan imej AI yang boleh membuang objek atau bayang, memperbaiki kabur pada potret, serta membesarkan imej dengan bijak. Ciri Live Photos kini menyokong penstabilan imej elektronik (EIS).

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/10/18111400/%E8%AE%BE%E8%AE%A1%E7%89%87%E5%BF%AB%E5%89%AA-yO5FRjfi.mp4

Pengguna juga boleh menikmati ciri AI dalam aplikasi nota dan perakam suara yang mampu meringkaskan teks dan rakaman. ColorOS 15 akan dilancarkan bersama siri Oppo Find X8 dan OnePlus 13 pada November ini.

Screenshot 2024-10-18 095459

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Siri realme 13 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Dari RM1,199
  • Apple Turunkan Harga iPad Pro Dan iPad Air
  • Secara Purata, Pengguna Netflix Habiskan Masa Sekitar 2 jam Setiap Hari
  • Netflix Sah Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk iOS 16

Sumber: ColorOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY