Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 13 global

Siri OnePlus 13 Bakal Hadir Ke Pasaran Global Awal Januari Depan

Diterbitkan Disember 18, 2024 ยท Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Amalina Athman

OnePlus telah pun melancarkan OnePlus 13 untuk pasaran China pada hujung Oktober lalu. Kini, syarikat itu secara rasmi menetapkan 7 Januari 2025 sebagai tarikh pelancaran global bagi siri OnePlus 13.

OnePlus mengesahkan OnePlus 13 akan tersedia dalam tiga pilihan warna, iaitu Midnight Ocean, Black Eclipse dan Arctic Dawn.

Dengan pelancarannya di China, sejumlah spesifikasi OnePlus 13 telah pun diketahui, termasuk penggunaan cip Snapdragon 8 Elite serta menjalankan sistem operasi OxygenOS 15 yang berasaskan Android 15.

Walaupun begitu, sebutan “siri OnePlus 13” memberikan petunjuk bahawa beberapa model mungkin diperkenalkan, termasuk OnePlus 13R, yang dipercayai merupakan penjenamaan semula OnePlus Ace 5 untuk pasaran China.

oneplus 13 global

Bagi mengesahkannya, nantikan pelancaran global siri OnePlus 13 pada 7 Januari 2025, jam 11.00 malam (waktu Malaysia).

Berkaitan

  • OnePlus Nord 4 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM2,599
  • OnePlus Dedah Garis Masa Keluaran OxygenOS 15, Ini Senarai Peranti Yang Akan Menerimanya
  • OnePlus 13 Hadir Dengan Snapdragon 8 Elite, Bateri 6000mAh
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY