Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-08-23 172957

OnePlus Nord 4 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM2,599

Diterbitkan Ogos 23, 2024 oleh Rushsyafizal

Seperti yang dijangka OnePlus Nord 4 telah masuk untuk pasaran Malaysia, dengan menggunakan cip Snapdragon 7+ Gen 3 dan GPU Adreno 732, telefon ini juga lengkap dengan memori 16GB LPDDR5X serta storan 512GB UFS4.0. Untuk bateri pula, ia hadir dengan kapasiti 5,500mAh dan pengecasan 100W SUPERVOOC.

Screenshot 2024-08-23 174624
Screenshot 2024-08-23 174206

Telefon ini juga hadir dengan skrin AMOLED 6.74 inci pada resolusi 2772 × 1240 dan kadar segar semula 120Hz. Untuk bahagian kamera, OnePlus Nord 4 menggunakan kamera utama 50MP Sony LYTIA, ultra lebar 8MP dan swafoto 16MP.

Manakala, kemampuan rakaman video untuk kamera utama adalah pada resolusi 4K 60fps. Lain-lain kelengkapan yang tersedia adalah NFC, Bluetooth 5.4, dwi-slot kad SIM, Wi-Fi 6 dan beberapa ciri AI seperti AI Audio Summary, AI Article Summary, AI Eraser dan AI Smart Cutout.

Screenshot 2024-08-23 174608
Screenshot 2024-08-23 174525
Screenshot 2024-08-23 174553

OnePlus Nord 4 kini boleh didapati dalam 3 warna – Oasis Green, Mercurial Silver dan Obsidian Midnight.

Untuk prapesan, ia bermula dari 23 hingga 30 Ogos pada harga RM2,599 di E-store, Lazada dan Shopee. Pelanggan yang membuat prapesanan OnePlus Nord 4 akan mendapat pengecas OnePlus 100W bernilai RM199.

Sementara yang membuat prapesanan melalui E-store, kedai Direct D dan OnePlus Brand akan layak mendapat tambahan RM100 DISKAUN.

Beli OnePlus Nord 4 di:

Shopee – https://invl.io/cllllve

Lazada – https://invol.co/cllllvg

Berkaitan

  • OnePlus Nord 4 Rasmi, Snapdragon 7+ Gen 3 Dan Cas 100W
  • MSI Dan Blizzard Perkenal RTX 4070 Edisi World of Warcraft
  • GXBank Perkenalkan GX FlexiCredit, Mohon Pinjaman Kini Lebih Mudah
  • Teknologi Skrin OLED Samsung Akan Jadikan Telefon Tidak Lagi Perlu Dicas Setiap Hari

Sumber : Siaran Media OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY