Siri Huawei P40 Terima Anugerah Telefon Pintar Dengan Foto Terbaik Dari TIPA

Siri Huawei P40 yang dibarisi oleh P40 Pro+, P40 Pro dan P40 kini diangkat sebagai Best Photo Smartphone untuk tahun 2020. Anugerah tersebut telah diberikan oleh Technical Image Press Association (TIPA).



Merupakan persatuan dari pelbagai penerbitan fotografi seluruh dunia, TIPA menobatkan siri Huawei P40 dengan beberapa kriteria seperti mempunyai sensor besar (1/1.28 inci) serta ia dibangunkan bersama Leica.

Selain itu, peranti juga mempunyai algoritma keseimbangan warna putih yang dikuasakan oleh AI. Ini termasuklah dalam mengoptimumkan tona kulit serta tekstur, jarak dinamik lebih baik, prestasi ketika pencahayaan rendah dan keupayaan fokus pada semua piksel.

XD Fusion Engine pada siri tersebut juga memberikan kelancaran ketika zoom dan mengoptimumkan kualiti gambar.

Anugerah seperti ini kebiasaannya tidak melibatkan ujian yang lebih mendalam, dimana ia lebih fokus kepada inovasi yang disediakan pada kamera peranti. Ini merupakan tahun ketiga Huawei menerima anugerah berkenaan setelah mendominasinya sejak 2017.