Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 6D Ultimate with AeroActive Cooler 6_2

Siri Asus ROG Phone 6D Dilancar, Dikuasakan Dimensity 9000+

Diterbitkan September 19, 2022 · Dikemas kini September 19, 2022 oleh Firdaus

Asus ROG telah melancarkan siri ROG Phone 6D dengan 2 model baharu yang diperkenalkan – ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate.

Siri Phone 6D adalah penyambung bagi siri ROG Phone 6 yang dilancarkan beberapa bulan lepas.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Guna 'Point' Grab, Lelaki Ini Hanya Bayar ~RM800 Untuk Beli iPhone 14 Pro Max
  • Cermin Pintar FITURE Kini Di Malaysia, Umpama Ada Jurulatih Peribadi Di Rumah
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Celcom Tawar Galaxy A03 Secara Percuma Dengan Pelan Pascabayar Celcom Xpax

ROG Phone 6D / 6D Ultimate

ROG Phone 6D dan 6D Ultimate dikuasakan MediaTek Dimensity 9000+ 5G dan sokongan memori RAM LPDDR5X sebesar 16GB

ROG Phone 6D

ROG Phone 6D hadir dengan storan ROM UFS 3.1 bersaiz 256GB manakala 6D Ultimate pula datang pada saiz storan yang lebih besar, 512GB.

ROG Phone 6D Ultimate

Menarinya lagi, kedua-dua model tersebut menggunakan paparan skrin bersaiz 6.78 inci, Samsung AMOLED (2448 x 1080).

Tambahan lagi, paparan tersebut mempunyai sokongan kadar segar semula 165Hz dengan padanan Corning Gorilla Glass Victus.

Di samping itu, model 6D dan 6D Ultimate dibekalkan bateri 6,000mAh beserta pengecas 65 Watt yang memang pantas.

ROG Phone 6 BATMAN Edition

Pada masa yang sama, Asus ROG turut mengumumkan ROG Phone 6 BATMAN Edition yang diciptakan hasil kolaborasi bersama Warner Bros.

ASUS Republic of Gamers, Warner Bros. Consumer Products and DC Announce Exclusive ROG Phone 6 BATMAN Edition_1
ASUS Republic of Gamers, Warner Bros. Consumer Products and DC Announce Exclusive ROG Phone 6 BATMAN Edition_2

Edisi ini sesuai bagi pengumpul, peminat karakter komik, BATMAN dan gamers luar sana.

Untuk harga, ROG Phone 6D dijual di UK pada tanda harga £799 (~RM4131). Sementara ROG Phone 6D Ultimate pula £1199 (~RM6199).

Oleh itu, sama-sama kita nantikan harga rasminya buat pasaran tempatan.

Sumber: Siaran Akhbar Asus ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY