Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 6 Series

Siri ASUS ROG Phone 6 Rasmi Di Malaysia, Snapdragon 8+ Gen 1 Bermula RM3,599

Diterbitkan Julai 5, 2022 · Dikemas kini Julai 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kini rasmi telefon gaming siri ASUS ROG Phone 6 diperkenalkan di Malaysia. Dua model tersebut ialah ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro.

Kedua-duanya berenjinkan Snapdragon 8+ Gen 1, dengan pilihan RAM 12GB, 16 GB dan 18GB bersama storan 256GB dan 512GB.

Panel AMOLED HDR10+ bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar 165Hz dan input sentuh 720Hz menjadi komponen penting telefon ini selain kadar latency serendah 23ms.

ROG Phone 6_Phantom Black
ROG Phone 6_Storm White

Menariknya, visual dipaparkan adalah hasil kolaborasi dengan Pixelworks demi menjamin ketepatan warna dilihat pengguna.

ROG Phone 6_1
ROG Phone 6_2
ROG Phone 6_3
ROG Phone 6_4

Jantungnya pula terdiri daripada bateri sebesar 6000mAh bersama pengecasan pantas 65W HyperCharge.

Sistem penyejukan kali ini dikuasakan GameCool 6 di mana hadir dengan teknologi penyejukan CPU 360°  dengan vapor chamber 30% lebih besar.

ROG Phone 6 Pro
ROG Phone 6 Pro

Bercakap tentang ROG Phone 6, pasti tidak dapat lupakan prestasi pembesar suaranya. GameFX pada siri ROG Phone 6 dilengkapkan dua pembesar suara dengan Dirac Virtuo. Lubang audio 3.5mm juga tidak diketepikan.

ROG Phone 6 Pro_1
ROG Phone 6 Pro_2
ROG Phone 6 Pro_3
ROG Phone 6 Pro_4

Soal penggambaran pula, tiga ‘mata’ di belakang terdiri daripada 50MP (IMX766) utama, 13MP sudut lebar dan sebuah kamera makro. Pengguna diberikan kamera 12MP untuk mengambil gambar swafoto.

set kotak rog phone 6

ROG Phone 6 ini akan mula dijual di sini mulai Ogos dengan 2 pilihan warna Storm White dan Phantom Black.

Anda boleh membuat pratempahan bermula 6 Julai melalui Shopee dan luar talian dengan pelbagai tawaran tersedia untuk yang terawal (hadiah, waranti lanjutan 1 tahun dan AeroActive Cooler 6).

ROG-Phone-6-Official Early Promotion

Selain telefon, banyak juga aksesori diperkenalkan. Kami juga ada terbitkan artikel reaksi awal untuk ROG Phone 6.

Hanya sedikit saja perbezaan antara versi biasa dan Pro iaitu dari segi penawaran PMOLED ROG Vision , RAM dan storan serta paparan di panel belakang.

Bagi versi biasa, paparan belakang hadri dengan logo ROG RGB manakala versi Pro pula dengan skrin PMOLED ROG Vision.

Untuk pratempah atau beli di Shopee, klik pada harga di bawah.

ROG Phone 6

12GB + 256GB – RM3,599

16GB + 512GB – RM4,399

Manakala ROG Phone 6 Pro pula hanya tersedia mulai September.

ROG Phone 6 Pro

18GB + 256GB – RM4,999

Sumber: Siaran akhbar ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY