Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nasa iss

Serpihan Satelit Rusia Bergerak Selaju 28 Ribu Km/j Paksa Penujah ISS Dihidupkan Lebih 5 Daripada Minit

Diterbitkan Oktober 27, 2022 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan pada 24 Oktober 2022 lalu, mereka terpaksa menghidupkan penujah Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 5 minit 5 saat dalam usaha mengelak daripada terkena serpihan satelit Rusia.

NASA menyatakan, jika gerakan tidak dibuat, diramalkan serpihan itu boleh berlalu dalam jarak kira-kira tiga batu dari ISS.

NASA juga memaklumkan bahawa gerakan yang dikenali sebagai Pre-Determined Debris Avoidance Maneuver (PDAM) yang dibuat itu tidak memberi kesan kepada operasi ISS.

Berkaitan

  • Satelit Starlink Diancam Serpihan Satelit Rusia Bergerak Laju Lebih Daripada 28 Ribu Km/j
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Walaubagaimanapun kesan daripada pergerakan itu, ia telah meningkatkan ketinggian stesen sebanyak 2/10 batu pada apogee dan 8/10 batu di perigee yang meninggalkan stesen di orbit 264.3 x 255.4 batu statut (425.349619 x 411.026458 km).

Serpihan itu adalah sampah angkasa yang terhasil apabila Rusia menjalankan tembakan ujian misil anti satelit ASAT milik mereka bagi memusnahkan satelit Cosmos 1408 yang dibuat pada 15 November 2021 lalu.

Akibatnya ia menghasilkan sampah angkasa baharu yang bergerak pada kelajuan lebih daripada 28163.52 kilometer/jam.

Sumber: nasa, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY