Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The witcher

CDPR Umum The Witcher Remake Guna Unreal Engine 5, The Witcher 3 ‘Next-Gen’ Akan Datang

Diterbitkan Oktober 27, 2022 oleh Amsyar Latif

Permainan The Witcher atau lebih tepat lagi The Witcher 3 pernah menjadi satu fenomena satu ketika dahulu dan boleh dikatakan salah satu permainan terbaik yang pernah dihasilkan.

Namun, ramai juga yang tidak menyedari bahawa sebelum wujudnya naskah ketiga, ada dua lagi permainan lain. Kini, pembangunnya CD Projekt Red (CDPR) mengesahkan The Witcher bakal dihasilkan semula atau remake orang kata.

Dengan kod projek Canis Majoris, ia sebenarnya sudah dalam perancangan CDPR sebelum ini dimana mereka akan terus-menerus menghasilkan siri permainan popular mereka.

We're thrilled to reveal that, together with @Fools_Theory, we're working on remaking The Witcher using Unreal Engine 5 (codename: Canis Majoris)!

We want to do this right, so please be patient — it's gonna be a while until we can share more details.
⚔️ https://t.co/6VCAokPgXs pic.twitter.com/ERFOXQrUEP

— The Witcher (@thewitcher) October 26, 2022

The Witcher Remake ini bakal dihasilkan menggunakan enjin permainan baharu, iaitu Unreal Engine 5. Ia turut dibangunkan bersama studio Fool’s Theory yang mana mereka ini pernah terlibat dalam The Witcher 2: Assassins of Kings dan The Witcher 3: Wild Hunt.

Pasti ada yang pernah mendengar nama permainan tersebut memandangkan siri dramanya pun sudah diterbitkan di Netflix dan mendapat sambutan menggalakkan.

Berkaitan

  • The Witcher 4 Akan Dilancar, Geralt Mungkin Akan Kembali
  • The Witcher 4 Dalam Fasa Pembangunan, Mungkin Hadir Dalam Bentuk Trilogi
  • Ini 'Game' PS5 "Paling Gagal" Hingga Stor Terpaksa Beri Secara Percuma
  • GTA Mobile? Tak Semua 'Game' Perlu Masuk Telefon Pintar - CEO Take-Two
  • Harga 'Game' Steam Di Malaysia Akan Meningkat Sehingga 40%

Tambahan lagi, ketika CDPR ditanya sama ada The Witcher 3 bakal dioptimumkan buat konsol next-gen seperti PS5 atau Xbox Series S|X, mereka mengesahkan ia juga bakal ditawarkan nanti.

Soon 😉

— The Witcher (@thewitcher) October 26, 2022

Apa-apa pun, The Witcher Remake masih lagi dalam fasa pembangunan. Jadi, sama-sama kita tunggu.

Sumber: The Witcher

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY