Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopeepay 2

Shopee Tingkatkan Had ShopeePay 2x Ganda Bagi Pengguna Buat Pengesahan eKYC

Diterbitkan November 22, 2024 ยท Dikemas kini November 22, 2024 oleh Rushsyafizal

Shopee telah mengumumkan bahawa had ShopeePay e-Dompet akan dinaikkan dua kali ganda untuk pengguna yang telah disahkan (verified).

Bermula 4 Disember, pengguna yang melengkapkan proses eKYC (Electronic Know Your Customer) akan mendapat naik taraf ke Akaun Premium, dengan had e-Dompet meningkat daripada RM4,999 kepada RM9,999.

Shopee Tingkatkan Had ShopeePay 2x Ganda Bagi Pengguna Buat Pengesahan eKYC
Kredit: RinggitPlus

Dalam pengumuman ini, Shopee turut memperkenalkan perubahan pada proses pengesahan eKYC. Selain memuat naik gambar MyKad melalui aplikasi Shopee, kini terdapat langkah tambahan berupa verifikasi video.

Shopee Tingkatkan Had ShopeePay 2x Ganda Bagi Pengguna Buat Pengesahan eKYC

Langkah ini, walaupun mudah, mungkin mengambil sedikit masa untuk diproses di bahagian Shopee, tetapi tidak membebankan pengguna.

Shopee turut menekankan kepentingan melengkapkan proses eKYC untuk ShopeePay bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan. Buat masa sekarang, belum diketahui sama ada had tersebut akan berkait dengan SPayLater. Oleh yang demikian, kita perlu perincian lanjut daripada Shopee nanti.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion
  • Pemasangan Garisan Jalan 'Glow In The Dark' Mungkin Tidak Diteruskan - Ahmad Maslan
  • WhatsApp Perkenal Transkrip Mesej Suara
  • Unifi Paling Cemerlang Untuk Pengalaman Video Dan Kelajuan Muat Turun 5G Selaju 290.3Mbps - Opensignal

Sumber: RinggitPlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY