Bagi membolehkan pengguna di negara luar dari China memiliki peranti atau produk IoT mereka dan pengeluar lain, aplikasi ShareSave telah dilancarkan di India terlebih dahulu dengan perancangan untuk mengembangkannya ke negara-negara lain.
Perbezaan menarik tentang ShareSave berbanding platform jual beli yang sedia ada, ia menawarkan tiga mod pembelian bagi menjimatkan kos penghantaran produk.
- Pair-up
- Beli barang dengan rakan anda untuk dapatkan diskaun eksklusif
- Drop
- Harga barangan turun sehingga 100% (percuma) sekiranya mencapai jumlah tertentu penyertaan ahli keluarga atau rakan dalam grup.
- KickStart
- Sumbangkan $0.2 kepada barangan startup yang anda gemari dan dapatkan 10 kali ganda ganjaran.
ShareSave menawarkan pelbagai barangan yang serasi digunakan dalam platform IoT mereka seperti perkakasan mudah alih, peralatan pintar, dan produk gaya hidup yang lain.
Xiaomi turut menjanjikan perkhidmatan selepas jualan dan penghantaran pada harga yang berbaloi.
Ini merupakan percaturan terbaru Xiaomi dalam meluaskan lagi ekosistem IoT mereka yang ketika ini sudah bekerjasama dengan lebih 100 syarikat IoT serta gaya hidup. Dinyatakan juga, sejumlah 132 juta peranti sudah bersambung (tidak termasuk telefon pintar dan komputer riba) menjadikan Xiaomi mempunyai jumlah pengguna platform IoT terbesar didunia.
Sumber: Xiaomi
Berkaitan
- Ramai Persoal Mengapa Netflix Malaysia Di Twitter Tidak Gunakan Bahasa Kebangsaan
- Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Sudah Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Redmi Note 5 Tertiris, Dilengkapi Dengan Dwi Kamera Dan Snapdragon 660
- Lenovo Legion Y720 Dan Y520 Sudah Mendarat Di Malaysia
- OPPO Patenkan Rekaan Mirip Model Find X Tetapi Dengan Dua Kamera Swafoto
- Robot Cheerleader Dari Jepun Bakal Menggegarkan Malaysia Hujung Minggu Ini
- PUBG Mobile Bakal Dipertandingkan Di Malaysia, Menawarkan Hadiah RM60,000
- Xiaomi Akan Perkenalkan Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Minggu Hadapan
- Razer Phone 2 Selamat Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM3449
- (Video) Mi Mix 3 Dilengkapi Dengan Skrin Menggelungsur Untuk Sembunyikan Kamera Selfie