Setelah 20 Tahun, Jack Ma Akhirnya Tinggalkan Alibaba

Setelah 20 tahun mengemudi Alibaba hingga berjaya menjadi salah satu syarikat yang disegani seluruh dunia, Jack Ma, Pengerusi Alibaba akhirnya melepaskan jawatan beliau semalam.

Pengunduran dari gergasi e-dagang China itu sudahpun disuarakan beliau sejak setahun yang lalu dimana selepas ini Ma akan beralih kepada kerja-kerja amal memfokuskan kepada pendidikan.

Kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Jack Ma itu bakal diisi CEO syarikat, Daniel Zhang dan difahamkan, Ma akan terus memberikan khidmat sebagai ahli lembaga Alibaba sehingga mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat pada tahun hadapan.

Menariknya tentang tarikh peletakkan jawatan Jack Ma adalah ia tarikh yang sama rakyat China menyambut Hari Guru juga ulangtahun kelahiran beliau yang ke-55. Untuk pengetahuan, sebelum bergelar pengasas kepada Alibaba, Jack Ma merupakan  pensyarah Bahasa Inggeris.

Sumber: Tech Crunch