Bukan berdasarkan atas status penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau tergolong dalam kumpulan B40 semata-mata.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan mereka yang layak menerima set dekoder siaran televisyen digital secara percuma buat masa ini hanya melibatkan dua juta isi rumah berpendapatan paling rendah dalam negara.
Penerima bukanlah berdasarkan kepada status seseorang itu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau tergolong dalam kumpulan B40 semata-mata.
Ia dijelaskan oleh Ketua Jabatan Platform Penciptaan Digital dan Pengedaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Azlina Mohd Yusof pada 23 Oktober lalu.
Penjelasan tersebut dibuat selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo memaklumkan kementeriannya sedang berusaha memastikan lebih ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 menerima set dekoder siaran televisyen digital secara percuma.
“Oleh sebab itu, ada semakan (untuk dapatkan dekoder percuma) oleh golongan B40 atau mereka yang dapat BSH tetapi tidak dapat dekoder percuma… ini kerana kita hadkan kepada dua juta dahulu,” Jelas beliau.
Berkaitan
- Selepas 56 Tahun, Siaran TV Analog Malaysia Ditamatkan Sepenuhnya
- Status DNB Belum Diputuskan Di Bawah Kementerian Komunikasi Atau Kementerian Digital
- Kajian Pelaksanaan ID Digital Nasional Akan Bermula Pada September Ini
- PRISM+ Lancar TV 4K QLED Pertamanya, Q-Series Ultra Harga Dari RM2,299
- Lelaki Ini Menghasilkan Karya Lukisan Digital Menggunakan Microsoft Excel
- Beli TV Samsung Bersaiz 98" Atau 77" Dan Terima Sero TV Berharga RM5,999 Secara Percuma
- Sebanyak 1,420 Permohonan Syarikat Mahu Beroperasi Semasa PKP 3.0 Ditolak SKMM
- Twitter Menggantung Akaun BermanaTV
- Pengguna Masih Keliru Dengan Identiti Digital Kebangsaan
- Warga B40 Dan OKU Berdaftar Di Sabah & Sarawak Sudah Boleh Mengambil Dekoder Percuma MyFreeView Di Lokasi Terpilih