Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 56 Tahun, Siaran TV Analog Malaysia Ditamatkan Sepenuhnya

Selepas 56 Tahun, Siaran TV Analog Malaysia Ditamatkan Sepenuhnya

Diterbitkan November 1, 2019 · Dikemas kini November 1, 2019 oleh ariff bukhari

Malaysia adalah negara ASEAN ketiga beralih kepada siaran TV digital.

Pada jam 12.30 tengah malam, 31 Oktober lalu, sebanyak 26 stesen pemancar di Sarawak dan 16 di Sabah termasuk di Labuan menjadi stesen terakhir melakukan ‘Ánalogue Switch Off’ (ASO). Ia menandakan peralihan sepenuhnya siaran TV analog kepada digital di seluruh Malaysia.

Malaysia merupakan negara ASEAN ketiga yang  melakukan peralihan siaran TV analog kepada digital selepas Brunei dan Singapura beralih kepada siaran TV Digital, masing-masing pada 31 Disember 2017 dan 1 Januari 2019.

logo rtm
ASO merujuk kepada proses peralihan siaran TV yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia oleh RTM sejak 1963 dan TV3 pada 1984.

Acara ringkas majlis penutupan rasmi siaran TV analog telah diadakan di Stesen Pemancar Telekom Malaysia (TM) Bukit Trig, Sandakan, Sabah yang turut disaksikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi, Dr Yusof Yacob.

Perkhidmatan TV digital di bawah penjenamaan myFreeview adalah satu inisiatif kerajaan yang diberi secara percuma kepada rakyat, dikendalikan syarikat MYTV Broadcasting Sdn Bhd secara pembiayaan sektor swasta.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY