Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google dataset serach

Servis ‘Google Dataset Search’ Versi Beta Mula Ditawarkan

Diterbitkan Januari 24, 2020 · Dikemas kini Januari 24, 2020 oleh ariff bukhari

Servis yang amat berguna untuk penyelidik, pelajar, wartawan dan lain-lain.

Google hari ini mula menawarkan servis Dataset Search kepada pengguna. Servis tersebut membolehkan pengguna membuat carian ke atas set data yang lengkap hampir 25 juta set data berbeza.

Servis Dataset Search ini pertama kali diumumkan Google adalah pada September 2018 dahulu.

Ia bertujuan bagi membolehkan pengguna khususnya kepada para penyelidik, wartawan, pelajar dan pengguna umumnya mendapatkan set data lengkap berkaitan sesebuah maklumat yang dikehendaki mereka.

“To enable easy access to this data, we launched Dataset Search, so that scientists, data journalists, data geeks, or anyone else can find the data required for their work and their stories, or simply to satisfy their intellectual curiosity.” Google

Sebagai contoh pengguna mahukan set data lengkap berkaitan dengan kucing (cats). Jadi pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci cats di dalam carian Dataset Search.

dataset search
Contoh.

Untuk versi beta ini, Dataset Search juga kini ditawarkan dalam versi peranti mudah alih serta memuatkan beberapa ciri baru.

Antara ciri baru itu adalah seperti ciri filter yang membolehkan pengguna mengasingkan jenis carian set data seperti teks, imej dan jadual.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY