Server DNA bakal membuka tirai dimana ia akan menghimpunkan para gamers di Lembah Kelang dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh nama-nama besar industri. Server DNA sudah memasuki siri ke-4 dan ia juga mendapat perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang akan merasmikan Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Esports Masters 2020 anjuran Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL).
Program pelancaran ini turut dihadiri YB Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad selaku Menteri Wilayah Persekutuan. Program bakal berlangsung pada 28 September dan 29 September 2019 di Hotel Le Meridien Putrajaya menjangkakan lebih 3,000 pembabitan peserta.
Program selama dua hari itu merupakan anjuran bersama Server DNA IV bersama ESKL akan mempertandingkan dua permainan iaitu FIFA 20 dan Counter Strike: Global Offensive (CS:GO).
Menurut Presiden ESKL, Hisham Darus, Kuala Lumpur Esports Masters 2020 ini bakal membuka peluang kepada muka-muka baru E-Sukan bagi menonjolkan bakat masing-masing. Bahkan, terdapat pelbagai aktiviti lain yang dikenali sebagai serverDNA IV seperti taklimat perniagaan dan pameran berkaitan E-Sukan turut diadakan.
ESKL juga akan memperkenalkan atlet E-Sukan dari Wilayah Persekutuan yang akan mewakili negara di Sukan SEA Manila 2019.
Turut hadir di kejohanan berkenaan ialah atlet E-Sukan Wilayah Persekutuan yang akan beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.
ESKL sebelum ini pernah menganjurkan kejohanan pada Hari Wilayah (5 Februari), pemilihan pemain ke Sukan SEA Manila (14 April) yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad dan Piala ES Football Asia di World Football Summit Asia.
Berkaitan
- Vivo Ada Telefon Baru Untuk Anda Yang Gilakan Selfie
- Tablet Android vivo Mungkin Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
- Free Fire Catat Rekod Tontonan Live Lebih 5.4 Juta
- MCMC Akan Memantau Aktiviti Bot Di Dalam Twitter Semasa Tempoh Pilihanraya
- vivo Lancar Kempen Sempena EURO 2020
- Seorang Pelajar Universiti New York Mencuba Pengalaman Bekerja Di Kilang iPhone Di China
- Komiti Olimpik Mengiktiraf Yang eSukan Merupakan Salah Satu Aktiviti Sukan
- Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
- China Mengetatkan Aktiviti Atas Talian Mereka
- Peraduan Terbaru vivo Tawar 13 Hadiah Misteri Untuk Dimenangi