Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vaksin COVID-19 Malaysia

Sertai Kaji Selidik Reaksi Terhadap Suntikan Vaksin COVID-19

Diterbitkan Januari 11, 2021 oleh Amalina Athman

Berikutan pandemik COVID-19 yang masih menular secara global, kebanyakan negara telah mula menandatangani perjanjian dan menerima vaksin COVID-19 sebagai usaha untuk mencegah pandemik ini.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax dan Pfizer bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 30 peratus liputan populasi.

Selain itu, Kerajaan juga telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal, AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19, iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara. Terdapat juga rundingan akhir dengan syarikat-syarikat lain bagi menambahkan jaminan bekalan vaksin sehingga 80%

Terbaru, Jabatan Penerangan Malaysia kini mula menjalankan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai reaksi terhadap suntikan vaksin COVID-19.

Tempoh kajian ini akan dilakukan bermula 11 hingga 15 Januari 2021. Bagi anda yang ingin menyertai kaji selidik tersebut, ianya boleh dilakukan melalui pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY