Serangan Ransomware: Kebanyakkan Mesin ATM Di India Ditutup

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa bank di India menghentikan servis ATM yang dijalankan menggunakan sistem perisian lama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada ancaman ransomware 'WannaCry'.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada maklumat rasmi dari Reserve Bank of India (RBI) tentang serangan ransomware menerusi ATM. Terdapat 2.2 juta mesin ATM di India, dan sebilangan darinya masih menggunakan sistem operasi Windows XP.

Reserve Bank of India (RBI) telah meminta kesemua bank di India mengikuti arahan organisasi kerajaan India, CERT-In dalah mencegah serangan virus tersebut. Indian Computer Emergency Response Team (CERT In) telah mengeluarkan senarai langkah keselamatan dan apa yang perlu dibuat untuk menangani serangan ransomware tersebut.

RBI bagaimanapun menafikan bahawa mereka telah mengeluarkan apa-apa arahan untuk menutup ATM. "RBI tidak memberikan apa-apa arahan atau mengeluarkan apa-apa nasihat kepada bank-bank untuk menutup ATM mereka." kata seorang jurucakap RBI.

Setakat ini ianya telah memberi kesan kepada pelbagai rangaian IT di lebih 150 negara. Malaysia juga tidak terlepas.

Dalam serangan malware yang berasingan pada tahun lepas, 3.2 juta debit kad telah dikompromi di India. Data pengguna telah diniagakan melalui mesin ATM Hitachi pada bulan Mei, Jun dan Julai tahun lepas.

Sumber