Honor 10 Lite hadir dengan reka bentuk dan kecerunan warna menarik, di mana ia menjadi daya tarikan utamanya, menurut Honor. Peranti ini memiliki dua variasi warna cerun iaitu biru dan merah. Ia juga ditawarkan pada warna putih dan hitam, namun tidak mempunyai kecerunan warna.
Berbeza dengan Honor 10, Honor 10 Lite hanya mempunyai takuk bersaiz kecil pada sisi atas panel paparan 6.21-inci yang digunakannya. Peranti ini akan dijana dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dan menggunakan sistem EMUI 9 berlandaskan Android 9 Pie dari dalam kotak.
Dari segi kameranya, peranti ini dilengkapi dengan dwi kamera utama 13MP f/1.8 + 2MP serta kamera hadapan 24MP. Seperti biasa, kamera peranti ini juga disokong oleh teknologi kecerdasan buatan(AI).
Kekuatan dalaman yang ada pada peranti ini tidak jauh berbeza dengan Honor 8X. Ia dibekalkan dengan pilihan memori 4GB atau 6GB dengan simpanan dalaman 64GB atau 128GB selain menggunakan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 710. Honor 10 Lite ini juga dikuasakan dengan GPU Turbo 2.0.
Honor 10 Lite ditawarkan bermula hari ini di China dengan harga CNY 1,399(~RM 847) untuk variasi 4GB/64GB, CNY 1,699 (~RM 1028) untuk variasi 6GB/64GB manakala variasi 6GB/128GB pula didagangkan pada harga CNY 1,899(~RM 1,150).
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada peranti ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan ataupun tidak.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- HONOR Band 5 Terima Kemaskini Ciri Memantau Kepekatan Oksigen Dalam Darah
- Google Keluarkan Senarai 10 Peranti Android Terbaru Yang Menyokong ARCore
- HONOR Bakal Lancarkan Peranti Tri-Kamera Utama Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Huawei Sedang Bangunkan HiSilicon Kirin 710 Bagi Saingi Qualcomm Snapdragon 710
- Samsung Gear S3 Sudah Tiba Di Pasaran Malaysia Dengan Harga RM 1399
- RM 20 Juta Bagi Pembangunan Industri E-Sukan Malaysia 2019
- Antara Yang Menarik Tentang Pelancaran Android Wear 2.0
- Google Beri Amaran Sistem Android Mungkin Tidak Akan Hadir Secara Percuma Lagi
- Anda Boleh Mencuba Android Smart LED TV 4K 55 Inci Ini Selama 15 Hari Secara Percuma
- Jualan Huawei P9 Mencecah 9 Juta Unit