Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Mengesahkan Bakal Perkenalkan Dua Jam Pintar Android Wear 2.0 Tahun Hadapan

Google Mengesahkan Bakal Perkenalkan Dua Jam Pintar Android Wear 2.0 Tahun Hadapan

Diterbitkan Disember 23, 2016 oleh Haikel Areff

Beberapa bulan yang lalu dikhabarkan Google akan tampil dengan dua jam pintar berserta dengan kemaskini Android Wear 2.0.Hari ini, Pengurus Produk Android Wear, jeff Chang mengumumkan Google sedang membina 2 buah jam pintar flagship yang akan diperkenalkan pada suku pertama tahun hadapan.

Ini merupakan julung kalinya jam pintar dilancarkan bersama sistem operasi Android Wear 2.0. Acara CES yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan juga mungkin akan menyenaraikan beberapa jenama jam pintar baru yang bakal menggunakan Android Wear 2.0. Acara Baselworld pada bulan March juga sudah semestinya menjadi perhatian jenama lain untuk dijadikan sebagai platform untuk pelancaran jam pintar mereka.

gsmarena_001

Jam pintar Google sudah disahkan tidak akan menggunakan nama panggilan ‘Pixel’, kemungkinan besar mereka akan menggunakan nama ‘Google’ untuk 2 buha jam pintar terbaru mereka. Nama rasmi peranti terbaru itu masih lagi tidak di dedahkan.

Sementara itu, banyak khabar angin yang bermain di internet ketika ini melaporkan ianya akan dibina dengan sokongan LTE, GPS dan sensor degupan jantung. Selain daripada itu, Google bakal menampilkan penggunaan skrin yang lebih meluas dan akan ditambah butang tambahan untuk penggunaan yang lebih variasi.

Antara model jam pintar yang bakal menerima kemaskini Android Wear 2.0 juga telah diumumkan secara rasminya. Dibawah adalah senarainya;

Moto 360 2nd Gen, Moto 360 Sport, LG Watch Urbane 2nd Edition LTE, LG Watch Urbane, LG G Watch R, Polar M600, Casio Smart Outdoor Watch, Nixon Mission, Tag Heuer Connected, Fossil Q Wander, Fossil Q Marshal, Fossil Q Founder, Michael Kors Access Bradshaw, Michael Kors Access Dylan, Huawei Watch (termasuk edisi perempuan), Asus Zenwatch 2, danĀ Asus Zenwatch 3.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY