Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 7S terbakar

Seorang Pengguna Mendakwa Redmi Note 7S Miliknya Terbakar Secara Tiba-Tiba, Ini Respon Xiaomi

Diterbitkan November 20, 2019 · Dikemas kini November 21, 2019 oleh ariff bukhari

Xiaomi respon terhadap dakwaan itu.

Seorang pengguna telefon pintar Xiaomi model Redmi Note 7S mendakwa telefon pintar miliknya itu secara tiba-tiba terbakar dengan sendirinya.

Pemilik peranti tersebut yang bernama Chavhan Ishwar mendakwa, kejadian itu berlaku pada 2 November lalu ketika beliau sedang berada dipejabatnya tanpa melakukan sebarang pengecasan pada peranti tersebut atau menjatuhkannya.

Berikutan itu, mangsa telah segera menghubungi pihak Xiaomi (Thane, India) bagi melaporkan insiden yang berlaku.

Selepas beberapa hari insiden itu berlaku, pihak Xiaomi telah memberikan respon dan menyatakan hasil daripada analisis terhadap peranti tersebut, terdapat kesan kebakaran tidak normal pada peranti tersebut.

“abnormal burnt marks and damage new battery fix area display”. Jawapan oleh pihak Xiaomi itu sekaligus membawa maksud permintaannya untuk gantian semula peranti tidak boleh dibuat.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, mangsa sekali lagi menghubungi pihak Xiaomi dan menurut jawapan yang diberikan Xiaomi oleh mangsa, “Sir the battery is not covered under Warranty”.

Tidak lama selepas isu ini dilaporkan oleh lamna GizChina, Xiaomi turut memberikan penjelasan kepada laman tersebut dengan menyatakan,

“At Xiaomi, quality of our products is of utmost importance. The trust that Mi Fans have shown in the brand for the past 5 years is a testament to that. We also take pride in having one of the strongest after-sales networks in the country with an aim to solve customer issues seamlessly. In this particular case, after careful examination, it was concluded that the damage was caused due to external force, and thus, classified under ‘customer induced damage.”

Redmi Note 7s sedia dilancarkan sejak Mei yang lalu dan setakat ini, laporan ini dilihat yang pertama berlaku.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY