Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
applewatch meletup

Seorang Pengguna Lapor Apple Watch Series 7 Terlalu Panas Dan Meletup

Diterbitkan Oktober 6, 2022 · Dikemas kini Oktober 6, 2022 oleh Amalina Athman

Seorang pengguna Apple Watch Series 7 telah mendedahkan peranti yang diguna terlalu panas sebelum kemudiannya mengeluarkan asap dan meletup. Kes tersebut telah pun dimaklumkan kepada Apple dan syarikat itu mengesahkan akan melakukan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan. Walau bagaimanapun, pengguna itu mendakwa Apple cuba meminta pengguna untuk berdiam diri dan tidak berkongsi cerita mengenainya.

Berkaitan

  • Apple Watch Series 7 Dilancar Dengan Paparan Lebih Besar Dan Skrin Tahan Lasak
  • Ini Yang Patut Anda Lakukan Jika Telefon Pintar Anda 'Overheat'
  • Apple Watch Series 8 Diumumkan - Dilengkapi 'Crash Detection', Sensor Suhu Baharu

Dalam maklumat yang dikongsi, pengguna Apple Watch yang ketika itu berada di rumah dengan suhu melebihi 70° F atau kira-kira 21°C menjelaskan bahawa dia menyedari jam yang dipakai di pergelangan tangan menjadi lebih panas daripada biasa. Kemudiannya mendapati bahagian belakang Apple Watch telah retak dan watchOS menunjukkan amaran untuk mematikan jam kerana suhu yang tinggi.

applewatch meletup_2
applewatch meletup_4

Seterusnya, pengguna itu menyatakan telah menghubungi Apple Support untuk menjelaskan situasi tersebut. Panggilan itu melalui pelbagai peringkat Apple Support sebelum akhirnya dihubung dengan pengurus untuk siasatan lanjut. Ketika itu, tiada penyelesaian atau nasihat diberikan, selain mengarahkan pengguna untuk tidak menyentuh Apple Watch berkenaan sehingga mendapat maklum balas daripada Apple.

Keesokan harinya, keadaan bertambah buruk apabila jam tersebut didapati semakin panas, mengeluarkan asap dan menjejaskan paparan peranti. Selanjutnya, Apple Watch itu mula mengeluarkan bunyi ‘crack’ dan akhirnya meletup.

Berikutan bimbang jika keracunan plumbum, pengguna itu juga turut melakukan pemeriksaan kesihatan di bilik kecemasan. Namun, penting diingatkan dan diketahui bahawa Apple Watch tidak mengandungi plumbum yang cukup untuk menyebabkan keracunan.

applewatch meletup_3
apple watch meletup_1

Untuk memaklumkan situasi terkini, pengguna itu sekali lagi telah menghubungi Apple. Kemudian, dia dimaklumkan kes tersebut menjadi keutamaan dan akan menerima maklum balas pada Isnin berikutnya.

Pihak Apple telah mengatur pengambilan semula produk dan mengatakan bahawa Apple Watch tersebut akan dibawa ke makmal untuk ujian lanjut. Apple juga dikhabarkan telah menghantar dokumen kepadanya untuk meminta tandatangan dan persetujuan supaya tidak dikongsikan kes tersebut kepada umum. Bagaimanapun, pengguna itu menyatakan enggan menandatangani dokumen tersebut.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY