Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 3 Kini Hanya Berharga Dari RM849

Seorang Doktor Memfailkan Saman Terhadap Apple Kerana Pelanggaran Hak Paten Teknologi Dalam Apple Watch

Diterbitkan Disember 31, 2019 ยท Dikemas kini Disember 31, 2019 oleh ariff bukhari

Apple dituduh melanggar hak paten yang dipegang oleh doktor tersebut.

Apple kini berdepan saman daripada seorang doktor yang mendakwa Apple telah melanggar hak paten yang dipegangnya.

Paten tersebut adalah berkaitan dengan teknologi bagi mengesan komplikasi jantung (atrial fibrillation) yang terdapat di dalam peranti jam pintar Apple Watch.

Doktor yang bernama Dr. Joseph Wiesel mendakwa, beliau dianugerahkan paten teknologi “Method of and apparatus for detecting atrial fibrillation” pada 28 Mac 2006 dahulu. Dalam saman yang difailkan itu mendakwa, paten miliknya adalah pemula kepada langkah dalam pengesanan awal berkaitan sakit jantung.

Doktor itu menyatakan bahawa beliau sudah menghubungi pihak Apple tentang paten tersebut pada September 2017 dahulu, ketika model generasi ke-3 Apple Watch di lancarkan.

Walaubagaimanapun, Apple didakwa telah menolak perbincangan bersamanya walaupun selepas beliau menyertakan bersama perincian tentang paten miliknya itu kepada Apple.

Oleh itu, beliau mahukan royalti dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan dengan pelanggaran hak paten tersebut.

Sumber: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY