Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Banyak Aplikasi Popular Kini Menyokong Penuh PC Yang Dikuasakan Siri Snapdragon X

Lebih Banyak Aplikasi Popular Kini Menyokong Penuh PC Yang Dikuasakan Siri Snapdragon X

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh ariff bukhari

Selain mengumumkan cip terbaru mereka, Snapdragon 8 Elite hari ini, Qualcomm Technologies turut mengumumkan bahawa mereka kini adalah ahli The Blender Foundation, menjadikan perisian pemodelan 3D percuma Blender digunakan lebih baik berbanding sebelum ini pada PC yang dikuasakan pemproses Snapdragon X Series.

“Blender ialah alat yang digunakan untuk mencipta filem animasi, kesan 3D dan video CGI kini mempunyai sokongan CPU Snapdragon yang meningkatkan prestasi dan hayat bateri.”

Selain itu, Qualcomm turut memaklumkan, perisian grafik yang lain seperti Affinity Photo 2 dan Capture One turut menyokong siri cip Snapdragon X dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) baharu.

Perisian suntingan video seperti Davinci Resolve dari Black Magic, CapCut dan Windows Studio Effects juga turut mendapat kelebihan AI dari cip tersebut.

Antara keupayaan baharu itu adalah kualiti kamera web yang dipertingkatkan dengan Windows Studio Effects, ciri Magic Mask di Davinci Resolve dan ciri penambahbaikan pada foto dengan perisian grafik Luminar Leo.

Selain perisian grafik dan video, perisian audio untuk PC juga kini menyokong AI Snapdragon X seperti Audacity dan DJay Pro.

Qualcomm berkata, pengoptimuman CPU yang dipertingkatkan dan rangkaian saraf AI yang berjalan pada NPU Snapdragon akan membantu pencipta menyelesaikan kerja dengan lebih pantas dengan alatan AI kreatif baharu.

Berkaitan

  • Dell XPS 13 Dengan Cip Snapdragon X Dan Skrin Tandem OLED Berharga RM6,999
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • ASUS Vivobook S 15 Dan ProArt PZ13 Kini Dipacu Snapdragon X Plus, Harga Dari RM4,899
  • Siri Xiaomi 15 Peranti Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Elite

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY