Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT7 Pro Malaysia

realme GT 7 Pro Bakal Hadir Ke Malaysia November Depan

Diterbitkan Oktober 22, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh Amsyar Latif

Awal pagi tadi, cip andalan terbaru daripada Qualcomm telah pun rasmi, iaitu Snapdragon 8 Elite. Melaluinya, siri Xiaomi 15 adalah telefon pertama di dunia yang akan menggunakannya. Walau bagaimanapun, realme turut mengacah kehadiran peranti andalan mereka, realme GT 7 Pro akan membuat kemunculan pertama dan ia akan masuk ke pasaran Malaysia November depan.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=858412879809913&set=a.585931593724711

Bercakap mengenai realme GT 7 Pro, telefon tersebut dilihat tidak mempunyai sebarang masalah dalam mengendalikan permainan berjudul AAA seperti yang didedahkan Ice Universe di mana ia memainkan permainan Assassin’s Creed Black Flag pada kadar bingkai 60 FPS. Biarpun permainan itu sudah lama tetapi permainan sebegini dimainkan di peranti mudah alih sudah cukup memberangsangkan.

https://x.com/UniverseIce/status/1848318324310249534

Diikutkan, kebanyakan telefon andalan Android akan datang juga dijangka mampu melakukan perkara tersebut. Ini kerana cip Snapdragon 8 Elite dengan seni bina 3nm menampilkan 2 teras prestasi CPU yang berkelajuan 4.32GHz. Ia turut hadir dengan pemproses grafik Qualcomm Adreno yang dikatakan dapat memberikan peningkatan prestasi sebanyak 40% dan juga 40% lebih cekap tenaga bateri.

Butiran penuh spesifikasi telefon andalan terbaru realme itu masih belum diketahui lagi tetapi realme bakal melancarkannya untuk pasaran China bulan ini juga.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Siri realme 13 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Dari RM1,199
  • Snapdragon 8 Elite Dilancarkan, Cip Terbaru Kuasakan Android Masa Depan
  • Siri Xiaomi 15 Peranti Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Elite

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY