Senarai Sektor Dan Aktiviti Yang Masih Dilarang Aktif Bermula 4 Mei 2020

Seperti semua sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan pembukaan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti utama untuk beroperasi semula bermula 4 Mei ini selepas lebih sebulan penguatkuasaan PKP untuk membendung penularan Covid-19.

Walaubagaimanapun, kerajaan masih lagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Berperingkat (PKPB).

Bermakna, masih banyak lagi aktiviti yang dilarang untuk dilakukan oleh rakyat Malaysia. Sebab larangan tersebut dibuat terhadap aktiviti-aktiviti itu adalah seperti berikut:-

  1. Sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa.

  2. Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan

  3. Sukar untuk mengawal keperilakuan.

  4. Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan.

  5. Keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama.


Berikut adalah senarai aktiviti yang masih dilarang dilakukan oleh rakyat Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Berperingkat (PKPB).

1. Hiburan Dan Riadah



  • Panggung wayang

  • Pusat karaoke

  • Taman tema

  • Muzium

  • Busking


2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan



  • Perarakan Keagamaan

  • Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat

  •  Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)

  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)


3. Persidangan dan Pameran



  • Pameran Kerjaya

  • Pameran Perkahwinan

  • Promosi dan Pakej Pelancongan

  • Karnival Jualan

  • Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai


4. Pendidikan



  • Sukan semasa sesi persekolahan

  • Aktiviti kokurikulum bersemuka

  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah

  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang


5. Sukan



  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)

  • Segala aktiviti sukan dalaman termasuk gimnasium

  • Kolam renang

  • Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang.


6. Aktiviti Sosial



  • Kenduri–kendara

  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya


7. Pengangkutan



  • Kapal Persiaran


8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman



  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)

  • Bazar Ramadan

  • Bazar Hari Raya


9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor



  • Terima pelawat

  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan

  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain


10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina



  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang


11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen



  • Aktiviti fitting pakaian


12. Dobi ( khusus dobi layan diri)



  • Aktiviti melipat pakaian


13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka


14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi


15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan


16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan



  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak


17. Pengurusan Perhutanan



  • Ekopelancongan Hutan

  • Latihan Perhutanan


18. Perlombongan Dan Pengkuarian



  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)


19. Perladangan dan Pertanian



  • Hari Bertemu Pelanggan

  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)

  • Pesta makan buah-buahan

  • Kursus/ Seminar

  • Konvokesyen Institut Pertanian

  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya


20. Perikanan



  • Aktiviti perikanan rekreasi

  • Pusat Taman Laut, pameran dan akuarium


21. Seni Kreatif



  • Penggambaran filem

  • Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam


22. Kebudayaan Dan Kesenian



  • Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat


23. Pelancongan dan Perhotelan



  • Penggunaan fasiliti hotel seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (bagi tujuan buffet)


Rakyat diminta patuh


Sehubungan itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon supaya rakyat Malaysia patuh dengan larangan-larangan  tersebut. Ini kerana, jika PKP terus terpaksa terus dilanjutkan, ia sahaja akan memburukkan lagi keadaan, khususnya terhadap ekonomi masyarakat keseluruhannya.

Sumber: KKM