Minggu lalu, Apple rasmi melancarkan barisan iPhone 13 yang mana pra-tempah boleh dilakukan 1 Oktober dan tersedia bermula 8 Oktober ini.
Selain itu, ramai juga yang tertarik dengan iPad mini generasi keenam. Ia merupakan tablet berkuasa tetapi dalam saiz yang mudah dibawa. Harga jualannya bermula RM2299 untuk model 64GB WiFi dan sehingga RM3599 untuk WiFi+Selular 256GB.
Namun, tahukah anda bahawa iPad mini yang bernilai sehingga RM3599 itu boleh didapatkan pada hanya RM3299? Ini dipanggil “Apple education pricing” atau mesra dikenali sebagai produk Apple harga pelajar.
Oleh itu, ini adalah senarai produk Apple yang menerima harga tersebut:
iPad
*Harga semasa artikel ini ditulis
- iPad mini generasi keenam – Bermula RM2069 (Harga asal – RM2299)
- iPad generasi kesembilan – Bermula RM1409 (Harga asal – RM1499)
- iPad Air – Bermula RM2399 (Harga asal – RM2599)
- iPad Pro M1 – Bermula RM3279 (Harga asal – RM3499)
Mac
*Harga semasa artikel ini ditulis
- MacBook Air M1 – Bermula RM3959 (Harga asal – RM4399)
- MacBook Pro M1 – Bermula RM5169 (Harga asal – RM5599)
- Mac mini M1 – Bermula RM2779 (Harga asal – RM2999)
- iMac M1 – Bermula RM5379 (Harga asal – RM5599)
- Mac Pro – Bermula RM24,269 (Harga asal – RM25,999)
- Monitor Pro Display XDR – RM18,399 (Harga asal – RM19,999)
Jika anda mencari iPhone dengan harga lebih murah, ia tidak ditawarkan. Apa-apa pun, untuk membeli peranti harga pelajar tersebut, anda hanya perlu pergi ke laman Apple ini.
Kemudian, anda boleh pilih peranti mana yang ingin dibeli dan terus membuat pembayaran. Malah, tiada ID atau pengesahan pelajar diminta semasa proses pembelian.
Tekan pautan INI untuk mengetahui cara membeli dengan lebih terperinci.
Baca juga:
- Apple Terus Mengungguli Pasaran Telefon Pintar Premium, Tinggalkan Samsung Dan Huawei
- Skor Awal Tanda Aras Prestasi iPhone 13 Menunjukkan Ia Jauh Meninggalkan Telefon Pintar Android
- Samsung Galaxy Tab S7 FE Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1899