Betul ke boleh beli produk Apple dengan harga lebih murah? Ya, sebenarnya memang ada dan telah digunapakai oleh komuniti Apple sendiri. Namun, masih ramai lagi yang tidak tahu mengenainya.
Ini bukanlah membeli produk refurbished atau terpakai ataupun pra-tempah yang bersifat scam.
Apple Education Store, itulah nama laman rasmi bagi barangan Apple dengan harga murah. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan hanya untuk peranti iPad dan Mac sahaja.
Baca juga – Apple AirTag Bukan Sekadar Penjejak Barang & Kenapa Ia Akan Menjadi Ikutan Jenama Lain
Ini iPad Dengan “Education Pricing”
*Harga semasa artikel ini ditulis
- iPad mini – Bermula RM1609 (Harga asal – RM1699)
- iPad – Bermula RM1369 (Harga asal – RM1449)
- iPad Air – Bermula RM2399 (Harga asal – RM2599)
- iPad Pro M1 – Bermula RM3279 (Harga asal – RM3499)
Ini Mac Dengan “Education Pricing”
*Harga semasa artikel ini ditulis
- MacBook Air M1 – Bermula RM3959 (Harga asal – RM4399)
- MacBook Pro M1 – Bermula RM5169 (Harga asal – RM5599)
- Mac mini M1 – Bermula RM2779 (Harga asal – RM2999)
- iMac M1 – Bermula RM5379 (Harga asal – RM5599)
- Mac Pro – Bermula RM24,269 (Harga asal – RM25,999)
- Monitor Pro Display XDR – RM18,399 (Harga asal – RM19,999)
Jika anda perasan, terdapat beberapa peranti yang dapat memberikan penjimatan berkali ganda.
Sebagai contoh, sekiranya anda mahu membeli komputer Mac untuk kerja-kerja penyuntingan, anda boleh dapatkan Pro Apps Bundle for Education dengan hanya RM799.
Dalam bundle tersebut, ia mengandungi Final Cut Pro yang bernilai RM1299, Logic Pro bernilai RM799, Motion, Compressor dan MainStage.
Baca juga – Ini Sebab Kenapa Kabel iPhone Mudah Rosak
Cara Membuat Pembelian
Seperti anda membeli barangan di kedai dalam talian, cara membeli peranti Apple dengan harga ini juga adalah mudah.
Pertama sekali, pergi ke pautan https://www.apple.com/my-k12/shop atau klik di sini.
Seterusnya, pilih produk yang ingin dibeli berserta konfigurasi diinginkan dan klik “Add to Bag”. Selain itu, saya menasihatkan untuk membeli perlindungan dari Apple, iaitu Apple Care.
Dengannya, anda bakal menerima jaminan tambahan merangkumi penggantian komponen dan sebagainya. Akan tetapi, jika kekangan bajet, boleh juga dibeli kemudian hari sebelum setahun daripada tarikh pembelian.
Akhir sekali, klik “checkout”, boleh masukkan Apple ID atau sebagai pelawat (Continue as Guest). Kemudian, bayar sahaja seperti biasa dengan melengkapkan butiran diperlukan dengan kad debit atau kad kredit.
Tiada ID atau pengesahan pelajar diminta bagi membelinya. Namun, Apple mengehadkan pembelian satu meja komputer (Desktop) per tahun pengajian (satu tahun), 1 Mac mini, 1 notebook, 2 iPad, 2 paparan dan dua sistem perisian dengan diskaun.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan Apple ini. Selamat membeli.
Baca juga – Storan iPhone Berkurang? Ikuti Langkah Mudah Ini