Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra Tempah iPhone 13 Dibuka Bermula 1 Oktober Ini

Pra Tempah iPhone 13 Dibuka Bermula 1 Oktober Ini

Diterbitkan September 17, 2021 ยท Dikemas kini September 17, 2021 oleh ariff bukhari

Menerusi semakan terbaru dibuat di laman rasmi Apple Malaysia, pra tempah untuk iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan dibuka bermula 1 Oktober 2021.

Sementara tempahan bagi barisan iPhone tersebut akan boleh dibuat di laman stor Apple Malaysia bermula 8 Oktober nanti.

Walaubagaimanapun, untuk iPad dan iPad mini terbaru pula belum dinyatakan tarikh bilakah ia akan boleh ditempah pengguna.

iPhone 13 dan iPhone 13 mini masing-masing berharga dari RM3,899.00 dan RM3,399.00.

Kedua-dua model iPhone ini ditawarkan dalam 5 pilihan warna menarik iaitu Biru, Midnight, Starlight dan Pink.

Pra Tempah iPhone 13 Dibuka Bermula 1 Oktober Ini

Bagi model iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pula yang masing-masing berharga dari RM4,899.00 dan RM5,299.00 ditawarkan dalam 4 pilihan warna menarik iaitu Sierra Blue, Silver, Gold dan Graphite.

Untuk pra tempah dan spesifikasi lebih lanjut iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, sila layari laman rasmi Apple Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY