Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 13

Skor Awal Tanda Aras Prestasi iPhone 13 Menunjukkan Ia Jauh Meninggalkan Telefon Pintar Android

Diterbitkan September 17, 2021 oleh ariff bukhari

Telefon pintar terbaru Apple yang baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu iaitu iPhone 13 tidak perlu menunggu lama untuk menewaskan kesemua kuasa cip pemprosesan yang digunakan dalam peranti Android.

Berdasarkan skor tanda aras Geekbench 5 yang dikongsikan oleh Ice Universe di Twitter, cip pemprosesan A15 Bionic yang digunakan dalam iPhone 13 memperoleh skor sebanyak 1,734 dalam ujian single-core dan 4,818 dalam ujian multi-core.

Apple A15 Geekbench score, only one word left to Android: despair. pic.twitter.com/luxuWmUZlZ

— I'm back! (@UniverseIce) September 16, 2021

Ia jauh meninggalkan cip pemprosesan yang paling berkuasa digunakan untuk telefon pintar Android ketika ini iaitu Qualcomm Snapdragon 888 di mana ia hanya peroleh skor sebanyak 1,109 dalam ujian single-core dan 3,687 dalam ujian multi-core.

Menurut laporan oleh MacRumors, mereka mengesahkan bahawa iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dilengkapi dengan 6GB RAM. Manakala bagi model iPhone 13 dan iPhone 13 mini pula dilengkapi dengan 4GB RAM.

Sumber: MacRumors, Nano Review, Toms Guide

Baca juga:-

  • Pra Tempah iPhone 13 Dibuka Bermula 1 Oktober Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY