Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Tab S7 FE

Samsung Galaxy Tab S7 FE Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1899

Diterbitkan September 17, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun ini dilihat ramai yang meminati tablet dan seiring dengannya, banyak tablet mula ditawarkan di pasaran. Terkini, jenama yang tidak asing lagi Samsung mula membawa masuk Galaxy Tab S7 FE buat pasaran Malaysia.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin 12.4 inci panel TFT LCD beresolusi 2560×1600 (WQXGA) bersama kamera hadapan 5MP sementara kamera belakang 8MP.

Galaxy Tab S7 FE

Selain itu, ia turut hadir dengan cip pemproses Snapdragon 778G dengan padanan memori hingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Bekalan kuasa adalah sebesar 10090mAH dengan pengecasan 45W dan juga hadir pembesar suara stereo yang ditala AKG.

Galaxy Tab S7 FE

Harga jualan adalah RM1899 bagi varian 4GB+64GB, sementara RM2199 untuk varian 6GB+128GB. Sekiranya anda membelinya bermula hari ini sehingga 31 Oktober, anda berpeluang menerima hadiah percuma seperti Book Cover, YouTube Premium, Clip Studio Paint dan Smart Keyboard.

Jika berminat, anda boleh beli di laman rasmi Samsung Malaysia.

Sumber: samsung Malaysia

Baca juga:

  • Mungkin Samsung Akan Tawar Kamera 108MP Untuk Siri Galaxy A Nanti
  • Samsung Galaxy Tab S8 Ultra, Mungkin Skrin Bezel Nipis Dan OLED 14 Inci
  • Samsung ‘Bahan’ Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY