Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-09T142240.897

Senarai Permainan Mudah Alih Yang Dimainkan Oleh Rakyat Malaysia Setakat Ini

Diterbitkan Julai 9, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan maklumat data yang dibekalkan oleh platform penyelidikan aplikasi mudah alih untuk Google Play Store dan Apple App Store, AppMagic, ini adalah sepuluh aplikasi permainan percuma yang dimuat turun serta dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan juga pengguna telefon pintar di seluruh dunia.

Screenshot 2024-07-09 115943
10 permainan percuma di Malaysia
Screenshot 2024-07-09 115849
10 permainan percuma di dunia

Seperti yang diperlihatkan, Roblox, sebuah platform permainan yang membolehkan pencipta-pencipta permainan pemula mencipta serta memainkan permainan di platform tersebut telah mencatat lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia. Di Malaysia, ia di tangga kedua.

Selain itu, setiap permainan pasti akan ada jumlah kutipan yang diperoleh oleh penciptanya dan Honor of Kings telah merampas kedudukan pertama dunia dengan kutipan sebanyak lebih USD500 juta (~RM2.3 bilion).

Screenshot 2024-07-09 115909
10 permainan dengan kutipan tertinggi di dunia
Screenshot 2024-07-09 120002
10 permainan dengan kutipan tertinggi di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, pemerhatian maklumat data ini diambil daripada permulaan tahun 2024 sehinggalah sekarang.

Walau bagaimanapun, ia terlalu awal untuk kita simpulkan kerana banyak lagi permainan mudah alih yang baru dilancarkan serta berpotensi untuk menarik perhatian ramai seperti Zenless Zone Zero, Wuthering Waves, Honor of Kings dan lain-lain.

{suggest}

Rujukan: AppMagic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY