Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CALLUM NYOBOT

EV Ini Boleh Dicas 80% Kurang Dari 5 Minit, Beri Jarak Sejauh 193KM

Diterbitkan Julai 9, 2024 · Dikemas kini Julai 9, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat pemula dari UK yang dikenali sebagai Nyobolt telah berjaya membangunkan kereta elektrik (EV) yang dilengkapi dengan bateri yang boleh dicas kurang daripada 5 minit.

Ia dicapai menerusi kereta sport konsep yang dilengkapi dengan teknologi bateri berketumpatan kuasa tinggi yang dibina khas di landasan ujian di Bedford, UK.

Nyobolt EV ini dibangun dengan kejuruteraan CALLUM, sebuah syarikat reka bentuk berpangkalan di UK.

Syarikat itu berkata, ujian awal mereka menggunakan pengecas pantas DC 350kW (800V) yang berkuasa tinggi telah pun mengesahkan bahawa bateri 50Ah 35kWj Nyobolt EV boleh dicas daripada 10% kepada 80% dalam masa 4 minit 37 saat.

Sebagai perbandingan, pengecas super Tesla sedia ada boleh mengecas bateri EV hingga 80% dalam masa 15-20 minit.

EV Ini Boleh Dicas 80% Kurang Dari 5 Minit, Beri Jarak Sejauh 193KM
CALLUM NYOBOT
CALLUM NYOBOT

 

Kereta sukan yang dipasang dengan bateri Nyobolt ini telah diuji selama dua hari pada Jun 2024 lalu di mana ia mampu memberi jarak sejauh 120 batu (~193km) selepas empat minit dicas.

Sebagai perbandingan, bateri EV Tesla yang dicas hingga 80% biasanya mampu memberikan jarak sehingga 200 batu (~321km).

Nyobolt juga menyatakan, teknologi yang dibangunkan mereka menyelesaikan tahap degradasi bateri EV yang biasanya datang dengan pengecasan super bateri litium-ion.

Sel 24.5Ah Nyobolt telah berjaya melengkapkan lebih 4,000 kitaran cas pantas DoD (Depth of Discharge) penuh, menyamai lebih 600,000 batu (~965606.4km) jika digunakan dalam pek EV Nyobolt, sambil mengekalkan kapasiti bateri lebih 80%.

“Penyelidikan meluas kami di UK dan AS telah membuka kunci teknologi bateri baharu yang sedia dan boleh diperluas sekarang,” Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Nyobolt, Dr Sai Shivareddy.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Isu Kualiti EV Meningkat Ketara, Reka Bentuk Jadi Masalah Utama - J.D Power

Sumber: Nyobolt, CALLUM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
©2026 WISER.MY