Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-21T160218.400

Wuthering Waves Dah Boleh Pramuat Turun, Boleh Main 23 Mei

Diterbitkan Mei 21, 2024 ยท Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh Muhd Idham

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, permainan jenis RPG Open World yang seakan-akan Genshin Impact iaitu Wuthering Waves kini semakin hampir untuk dimainkan oleh para pemain platform PC dan juga peranti mudah alih.

Bukan itu sahaja, semua pemain yang telah pradaftar akan menerima kesemua ganjaran dalam permainan yang dijanjikan dahulu.

Screenshot 2024-05-21 154230

Hal ini kerana Wuthering Waves daripada Kuro Games ini telah mencecah jumlah pradaftar yang disasarkan iaitu 30 juta pemain.

Pengguna platform PC dan peranti mudah alih, iOS serta Android, boleh mula pramuat turun bermula hari ini dan ia boleh dimainkan pada 23 Mei 2024 pukul 10 pagi waktu tempatan.

Wuthering Waves Dah Boleh Pramuat Turun, Boleh Main 23 Mei

Bagi anda yang menggunakan peranti mudah alih, kapasiti pramuat turunnya adalah sekitar 7.30GB.

Jadi, anda perlu pastikan spesifikasi peranti terlebih dahulu sama ada ia sesuai ataupun tidak sebelum muat turun.

Wuthering Waves boleh dimuat turun melalui platform Epic Games, Google Play Store dan Apple App Store.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Vivobook S15 Juga Rasmi, 'Laptop' ASUS Pertama Dengan Copilot+ Dan Cip Snapdragon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY