Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eton college

Pelajar Tahun Pertama Eton College Dipaksa Guna Telefon ‘Kuno’ Nokia

Diterbitkan Julai 9, 2024 · Dikemas kini Julai 9, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan laporan Business Insider, Eton College yang merupakan sekolah berasrama untuk pelajar lelaki di Windsor, England telah menetapkan satu polisi terbaru menjelang kemasukan pelajar baharu pada bulan September 2024.

Polisi baharu itu mengandungi inti pati di mana para pelajar tahun pertama akan diberikan alternatif untuk menggantikan telefon pintar hak milik sendiri dengan telefon ‘kuno’ daripada Nokia seperti Nokia 5110 yang dibekalkan oleh pihak sekolah untuk mengehadkan penggunaan telefon pintar secara berlebihan.

Screenshot 2024-07-09 110111
Nokia 5110

Kaedah ini diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan kadar penggunaan internet dalam kalangan golongan muda terutama sekali apabila waktu pembelajaran telah bermula.

“Bermula September, mana-mana pelajar yang baru mendaftar akan menerima telefon asas untuk kegunaan luar hari persekolahan, ini termasuk iPad yang diberikan untuk kegunaan akademik…,” jurucakap Eton College kepada Business Insider

Para pelajar masih lagi mampu untuk membuat panggilan telefon dan memberi pesanan menggunakan wang kredit.

Namun begitu, penggunaan peranti iPad yang disediakan oleh pihak sekolah untuk penggunaan pembelajaran masih lagi berkuat kuasa dalam kaedah pembelajaran mereka.

Matlamat utama yang ingin dicapai oleh Eton College adalah membina suasana pembelajaran tanpa gangguan daripada unsur-unsur negatif yang dibawa masuk melalui media massa.

Buat makluman, pada tahun 2018 dahulu, polisinya sedikit lain di mana pelajar tahun pertama perlu menyerahkan telefon pintar mereka pada waktu malam.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Iklan Telefon Xiaomi Mungkin Lebih Mudah Dibuang Tak Lama Lagi
  • Penggodam Kini Mempunyai Akses Kepada Hampir 10 Bilion Kata Laluan Yang Dicuri
  • Tak Perlu Konsol, Anda Kini Boleh Main Terus 'Game' Xbox Guna Amazon Fire TV
  • Samsung Lancar Storan SSD Berkapasiti Tinggi Pertamanya, Berpotensi Cecah 122.88TB

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY