Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-20T120740.265

Honor Of Kings Kini Rasmi, Kejohanan HoK Di Malaysia Pada 29 Jun

Diterbitkan Jun 20, 2024 ยท Dikemas kini Jun 20, 2024 oleh Muhd Idham

Pada tahun 2015, ia hanya popular dan tersedia untuk pengguna telefon pintar di China sahaja dan kini Honor of Kings telah dilancar secara global dan juga tersedia untuk semua pemain MOBA di Malaysia.

Sebagai pengenalan, permainan Honor of Kings ini telah dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan Level Infinite yang kini tersedia di dalamnya karakter pahlawan bertemakan lagenda China sebanyak 85 karakter.

Semua karakter akan berada dalam mod percubaan untuk bulan yang pertama selepas pelancarannya bermula hari ini sebelum ia mesti dibeli menggunakan mata wang, Starstone ataupun Tokens.

Sebagai salah seorang yang telah mencuba permainan ini, sesi tutorialnya kelihatan sama seperti Mobile Legends: Bang Bang tetapi lebih menekankan kepada cara bermain yang lebih efektif untuk pemain baru.

Sebagai contoh, anda akan tetap dibekalkan dengan arahan asas berbentuk suara walaupun telah masuk dalam sesi permainan tanpa komputer.

Honor Of Kings Kini Rasmi, Kejohanan HoK Di Malaysia Pada 29 Jun

Dari segi ‘Hero’ pula, anda akan dapat merasakan pengalaman bermain menggunakan karakter seperti Mobile Legends tetapi lebih maju dan berkembang.

Contohnya, Hou Yi (Marksman) yang mempunyai Basic Skill seperti Miya (Marksman) tetapi Ultimate Skill seperti Moskov (Marksman).

Honor Of Kings Kini Rasmi, Kejohanan HoK Di Malaysia Pada 29 Jun
Peta Honor of Kings
Honor Of Kings Kini Rasmi, Kejohanan HoK Di Malaysia Pada 29 Jun
Peta League of Legends

Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, peta HoK (Hero’s Gorge) mempunyai luas yang sama seperti peta Mobile Legends (Land of Dawn) tetapi kedudukan raksasa Jungle yang lebih kurang sama dengan peta League of Legends (Summoner’s Rift) terutama sekali di bahagian sungai.

Honor Of Kings Kini Rasmi, Kejohanan HoK Di Malaysia Pada 29 Jun
‘Jungle’ Atas
Honor Of Kings Kini Rasmi, Kejohanan HoK Di Malaysia Pada 29 Jun
‘Jungle’ Bawah

Honor of Kings boleh dimuat turun terus melalui Google Play Store dan Apple App Store bagi sesiapa yang inginkan pengalaman baru dalam industri permainan MOBA di Malaysia selain daripada Mobile Legends: Bang Bang.

Dan jangan lupa akan jawatan Malaysia sebagai tuan rumah bagi kejohanan Honor of Kings Invitational Season 2 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2024 yang akan menampilkan 13 buah pasukan daripada beberapa negara di seluruh Asia Tenggara, Brazil, Turki dan banyak lagi.

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai USD300,000 (~RM1.4 juta) dan lapan tempat tertinggi akan menempah tempat untuk bertanding di kejohanan piala dunia Honor of Kings Invitational Midseason Esports yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak USD3 juta (~RM14.1 juta).

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Dell XPS 13 Dengan Cip Snapdragon X Dan Skrin Tandem OLED Berharga RM6,999
  • Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX
  • Malaysia Jatuh Ke Tangga 34 Dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD
  • Waspada Amaran Ralat Palsu Google Chrome, Word Dan OneDrive Ini, Perdaya Pengguna Laksana Skrip Berniat Jahat

Sumber: Siaran Media Honor of Kings

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY