Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Senarai 10 Permainan Video Paling Laris Sepanjang Zaman

Posted on Disember 1, 2018Disember 1, 2018

Suasana di dalam industri permainan video berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman. Jika 10 tahun dulu, permainan video ber-genre strategi menjadi pilihan, kini permainan battle royale pula mengambil alih.

Namun, permainan manakah yang paling laras terjual sepanjang zaman? Mampukah permainan zaman ini bersaing dengan permainan lagenda seperti Mario dan Tetris dari segi jualan? Untuk menjawab soalan itu, jom baca senarai 10 permainan video terlaris sepanjang zaman ini.

10. Super Mario Bros. (2006) – 31 juta (salinan terjual)

Kredit: VentureBeat

Siapa yang tak kenal dengan watak Mario ini? Nintendo telah menghasilkan semula permainan lagenda ini pada tahun 2006 dan langkah itu boleh dikatakan sangat berjaya.

9. Pokemon Red & Blue (1996) – 32 juta

Kredit: The Edge

Nintendo sendiri tidak percaya bahawa Pokemon Red & Blue berjaya terjual sebanyak ini. Siapa sangka, bermula dengan minat penciptanya, Satoshi Tajiri kepada serangga mampu bertukar menjadi jenama yang bernilai berbillion Ringgit.

8. Wii Sports Resort (2009) – 33 juta

Kredit: Nintendo

Masih lagi dengan produk Nintendo. Menjadi antara permainan terawal menggunakan WiiMotionPlus untuk dimainkan serta kejayaan edisi terdahulunya, Wii Sports menjadi pemangkin kepada penjualan tinggi permainan ini.

7. Mario Kart Wii (2008) – 37 juta

Kredit: IMDb

Tolak tepi Need for Speed, Forza mahupun Grand Tourismo. Ini adalah permainan video lumba kereta paling laris yang pernah dihasilkan. Kali ini, Mario tidak lagi melompat-lompat, dia lumba go-kart pula.

6. Super Mario Bros. (1985) – 40 juta

Kredit: Nintendo

Dengan ini, saya isytiharkan Mario sebagai watak paling lagenda dalam dunia permainan video. Permainan inilah yang menjadi pemangkin kepada kejayaan siri-siri Super Mario yang lain, termasuk dua yang turut berada dalam senarai.

5. PlayerUnknown’s Battlegrounds@PUBG (2017) – 50 juta

Kredit: PUBG

Di awal penulisan tadi, saya ada katakan bahawa permainan battle royale menjadi pilihan hari ini. PUBG adalah salah satu daripadanya. 50 juta salinan terjual dalam masa satu tahun, tak mustahil PUBG akan terus mendaki tangga senarai ini di masa akan datang.

4. Wii Sports (2006) – 82 juta

Kredit: Polygon

Nintendo ni pandai betul buat games. Permainan ke-enam mereka dalam senarai ini cukup menjadi bukti. Namun, mereka sebenarnya sedikit ketinggalan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

3. Grand Theft Auto V (2013) – 100 juta

Kredit: Rockstar

Ada yang mengatakan, “jangan pernah panggil diri gamers kalau tak pernah main GTA”. Terpulang pada anda untuk terima atau tidak kata-kata itu, namun bagi saya, GTA V adalah salah satu siri GTA terbaik selepas GTA San Andreas.

2. Minecraft (2011) – 154 juta

Kredit: Minecraft

Walaupun selepas lebih kurang 7 tahun dilancarkan, Minecraft masih lagi mencatatkan jumlah jualan baru yang baik. Malah, satu filem mengenainya dijadual akan dilancarkan pada 2019 maka tidak hairanlah ia akan terus terjual di masa akan datang.

1. Tetris (1984) – 495 juta

Kredit: Wykop

Ya, hampir setengah billion unit permainan ini telah terjual sepanjang zaman. Jauh meninggalkan pesaing-pesaing lain. Malah, Tetris juga mempunyai Kejohanan Piala Dunia-nya sendiri di mana Joseph Saelee adalah juara bagi edisi 2018 yang baru sahaja berakhir 21 Oktober lalu.

Nah, saya belanja video perlawanan akhir Kejohanan Dunia Tetris Klasik 2018 baru-baru ini.

https://youtu.be/rPwlh9icpug

Jadi, daripada 10 senarai permainan di atas, berapakah yang anda pernah miliki? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber: Forbes   EXP.GG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress