Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Perkhidmatan Bank Rakyat Akan Tergendala Pada 9 Hingga 12 Oktober Ini

Semua Perkhidmatan Bank Rakyat Akan Tergendala Pada 9 Hingga 12 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 8, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 8, 2020 oleh Amalina Athman

Semua perkhidmatan Bank Rakyat akan tergendala bermula dari 9 Oktober 2020, pukul 4 petang hingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari. Gangguan ini adalah berikutan proses menaiktaraf sistem perbankan tersebut.

Berikutan itu, Bank Rakyat mengingatkan pengguna untuk merancang urusniaga perbankan sebelum tempoh gangguan perkhidmatan tersebut.

bank rakyat tergendala

Antara jenis perkhidmatan yang tergendala dan tidak boleh digunakan pada tarikh dan waktu tersebut termasuk perkhidmatan kaunter di semua cawangan Bank Rakyat/Ar-Rahni, perbankan internet (iRakyat), ibizRakyat, Kad Debit-i, dan semua terminal layan diri Bank Rakyat, iaitu Mesin Juruwang Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM), Mesin Cash-In Cash-Out (CICO) serta Ejen Bank (Rakyat Care).

Bagaimanapun, pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan Kad Kredit-i Bank Rakyat untuk semua urusniaga bagi pembelian di kaunter, dalam talian, serta melakukan pengeluaran tunai di ATM bank-bank lain yang mempunyai logo Mastercard.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, layari halaman Facebook Bank Rakyat atau laman web Bank Rakyat.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY