Tidak terhad kepada pengguna yang mendaftar dengan program Windows 7 Extended Security Updates (ESU) sahaja.
Nampaknya Microsoft terpaksa memberikan satu lagi kemas kini kepada semua pengguna Windows 7 selepas pengguna mengadu mereka berdepan isu tetapan 'wallpaper' Windows 7 yang menyebabkan ia hanya memaparkan warna hitam.
"After installing KB4534310, your desktop wallpaper might display as black when set to Stretch."
Seperti semua sedia maklum, Windows 7 telah pun ditamatkan sepenuhnya sokongan pada 14 Januari 2020 lalu.
Sepatutnya pengguna Windows 7 tidak akan menerima lagi sebarang kemas kini selepas tarikh tersebut.
Sebaliknya, hanya pada pengguna yang mendaftar dengan program Windows 7 Extended Security Updates (ESU) sahaja yang akan menerima kemas kini selepas dari tarikh tersebut.
Walaubagaimanapun, Microsoft membuat keputusan akan menawarkan kemas kini bagi memperbetulkan isu ini kepada semua pengguna Windows 7 (
"We are working on a resolution and will provide an update in an upcoming release, which will be released to all customers running Windows 7 and Windows Server 2008 R2 SP1."
Buat masa ini, Microsoft hanya menasihatkan pengguna supaya tidak melakukan tetapan Stretch pada tetapan wallpaper.
Sebaliknya memilih tetapan wallpaper kepada Fill, Fit, Tile atau Center sahaja sementara menunggu kemas kini terbaru dilepaskan kepada pengguna.
Berkaitan
- Aplikasi 'Bank Negara' Menyebabkan Seorang Pengguna Kerugian RM75,000
- Cara Membuang Fail Kemas Kini Windows 10
- Siri iQOO Z7 Dilengkapi Pengecas Pantas 120W Sedang Serendah RM799
- Windows 12 Didakwa Akan Tiba Tahun Depan
- vivo X70 Pro Nadi Kepada Filem Pendek ‘Shout it Out’
- Kemas Kini Windows 11 22H2 Terbaru Perbetulkan Isu File Explorer
- Kemaskini Permainan Cyberpunk 2077 Perkenalkan Pepijat Baru Kepada Pemain
- Ancaman Siber Dihadapi Vietnam Dan Indonesia Hampir 7 Kali Lebih Tinggi Berbanding Malaysia
- Kawasaki Z7 Hybrid, Boleh Tunggang Sejauh 12km Dengan Mod EV
- Waspada "Bonus Hadiah Keluarga TM" Sebanyak RM270,000.00 - MCMC