Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
semakan permohonan BPN 2.0 fasa dua

Semakan Status Permohonan Baharu BPN 2.0 Boleh Dibuat Mulai 15 Januari, Bayaran Fasa Kedua Bermula 21 Januari

Posted on Januari 13, 2021Januari 13, 2021

Kerajaan pada 15 Oktober hingga 15 November tahun lalu telah membuka permohonan baharu untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0. BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) yang disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Terkini, semakan status kelulusan bagi permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/. Sementara itu, bayaran fasa kedua ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mulai 21 Januari 2021 bagi penerima dari kategori B40 dan 25 Januari 2021 bagi kategori M40.

 

Jumlah bayaran BPN 2.0 fasa kedua akan disalurkan kepada penerima yang layak mengikut jadual di atas.

Sumber: Kementerian Kewangan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress