Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PERDANA MENTERI

Semakan Status Pembayaran Fasa 3 Dan Rayuan BKM Boleh Dibuat Mulai 20 September – PM

Diterbitkan September 16, 2022 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini mengumumkan pembayaran Fasa 3 dan rayuan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan kreditkan ke dalam akaun penerima bermula 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Berkaitan

  • Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Dapatkan Kata Laluan Sementara
  • Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM 2022 Dibuka Sehingga 30 Ogos

Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

Bayaran BKM Fasa 3

Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

Bagi tujuan semakan status pembayaran, ianya boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Sumber: Ismail Sabri Yaakob

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY