Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pembayaran GKP 2.0

Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 Boleh Dibuat Mulai 27 November, Pembayaran Bermula 30 November

Diterbitkan November 24, 2020 oleh Amalina Athman

Kerajaan sebelum ini telah pun membuka semula permohonan bagi Geran Khas Prihatin (GKP 2.0). Ia merupakan bantuan kali kedua GKP selepas GKP pertama diberikan kerajaan pada Jun lalu bagi membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Melalui GKP 2.0, bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 akan diberikan kepada PKS mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Tempoh permohonan GKP 2.0 telahpun dibuka antara 1 hingga 31 Oktober 2020 yang lepas. Susulan proses permohonan, hampir 304,000 PKS mikro layak menerima GKP 2.0. Jumlah ini adalah lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.

Sehubungan itu, Kerajaan telah menganggarkan peruntukan GKP 2.0 adalah sebanyak RM912 juta berbanding peruntukan asal sebanyak RM600 juta.

Untuk menyemak status kelulusan GKP 2.0, ianya boleh dilakukan di portal rasmi GKP mulai 27 November 2020. Sementara itu, pembayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun bank yang didaftarkan bermula 30 November 2020.

Sumber: Menteri Kewangan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY